Program Jangkauan Malaysia Techlympics 20255


7 Julai 2025 (Isnin), telah berlangsung dengan jayanya Program Jangkauan Malaysia Techlympics  2025 (Outreach Malaysia Techlympic) anjuran Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) bersama Yayasan Terengganu dengan kerjasama EZ Cute Robots  selaku vendor yang dilantik bagi mengendalikan Malaysia Techlympics 2025.

Outreach Malaysia Techlympics 2025 yang telah berlangsung di Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Kuala Terengganu selaku tuan rumah bagi program yang julung kalinya diadakan ini telah disertai seramai 280 orang murid berserta 40 orang guru dari seluruh sekolah menengah Imtiaz Yayasan Terengganu.
Antara sesi bengkel yang telah diadakan kepada semua peserta melibatkan kepada elemen pembudayaan STEM seperti Drone, Robotik, Cetakan 3 Dimensi, Kejuruteraan Dunia, Artificial Intelligence (AI) dan Cabaran Kereta Roket. Sesi bengkel ini adalah bertujuan sebagai persiapan bagi menghadapi pertandingan Malaysia Techlympics peringkat Negeri Terengganu yang dijangka diadakan pada bulan Ogos nanti.

Galeri gambar boleh layari laman Facebook rasmi sekolah.

#WeLoveiKT
#iKTNo1
#SederapSehasratMerealisasikaniKTNo.1

Leave a Reply

Your email address will not be published.