Program Heart To Heart Pelajar Tingkatan 3

Lagoon Kuala Ibai, 4 Sept 2025: Program ini telah dianjurkan oleh Unit Bimbingan & Kaunseling sekolah yang mana program ini merupakan program penting yang dilaksanakan kepada semua pelajar Tingkatan 3. Program ini memberi peluang kepada pelajar meluahkan rasa hati dari hati ke hati yang pelajar-pelajar akan lebih dekat dan mesra dengan guru-guru atau mentor Mereka. Program ini merupakan pelengkap kepada program mentor mentee yang mana, pelajar juga mendapat mentor kumpulan belajar dan guru-guru adalah daripada kalangan guru yang mengajar mereka. Ini akan menambahkan lagi kemesraan dan semoga segala masalah pelajar dapat dikongsi bersama. 

Objektif bagi program ini adalah:

1️⃣ Sebagai satu wadah kepada pelajar menyalurkan segala permasalahan atau kekusutan yang dialami bersama mentor dan rakan-rakan sekumpulan.
2️⃣ Memberi peluang kepada pelajar untuk belajar secara santai.
3️⃣ Merapatkan ukhuwah antara guru dan pelajar.

Galeri gambar boleh layari laman Facebook rasmi sekolah.

Leave a Reply

Your email address will not be published.