Pada 26 julai 2011, satu pertandingan kawad kaki badan beruniform telah di jalankan dengan penuh meriah. Sebanyak 11 badan beruniform menyertai pertandingan ini yang di adakan di dataran Assyatibi.

Menurut Penolong Kanan Kokurikulum Sekolah, Encik Md Nor bin Yahya yang sempat ditemui berkata, ini merupakan program tahunan sekolah serta bertujuan untuk melatih pelajar bekerja dalam sepasukan  dan dapat mengukuhkan pembangunan jati diri pelajar dari sudut fizikal dan mental.