Perkongsian Pintar Nuqaba’ iKT & Kolej Quran Terengganu (KQT)

Kolej Al-Quran Terengganu, 6 Ogos 2025:  Pihak sekolah telah menganjurkan program Perkongsian Pintar di antara 43 orang Nuqaba’ iKT dan 20 orang pelajar Kolej Quran Terengganu (KQT).  Dewasa kini, remaja menghadapi seribu satu hambatan dan cabaran yang bersifat negatif jika dibandingkan unsur-unsur positif yang memberi kebaikan kepada diri mereka. Ini sangat memberi kesan yang sangat mendalam terhadap corak identiti, cara berfikir, emosi, personaliti, perkembangan dan sebagainya dalam diri mereka sehingga menimbulkan konflik pertembungan dengan apa yang mereka belajar dan apa yang mereka dapat dari pemerhatian luar.

Oleh itu, pihak Badan Dakwah dan Rohani (BADAR) sekolah, cuba mengambil bahagian untuk mengimbangkan hambatan ini dengan mewujudkan usrah di peringkat sekolah. Mudah-mudahan program yang ini dapat mempersiapkan para naqib dan naqibah agar bersedia untuk mengendali usrah berkenaan dengan jayanya.

Antara objektif program adalah:

1️⃣ Meningkatkan kefahaman dan ilmu pengetahuan naqib dan naqibah mengenai asas-asas Islam.
2️⃣ Menyediakan diri naqib dan naqibah sebagai model kepimpinan.
3️⃣ Memberi pemahaman tentang peranan dan tanggungjawab naqib dan naqibah dalam membangunkan bi’ah solehah di sekolah.


Galeri gambar boleh layari laman Facebook rasmi sekolah.

Perkhemahan Unit Beruniform 2025

Perkhemahan badan beruniform di SM Imtiaz YT Kuala Terengganu telah diadakan pada 31 Julai hingga 2 Ogos 2025 yang melibatkan 171 orang pelajar Tingkatan 2-4 dengan pelbagai aktiviti. Perkhemahan merupakan satu aktiviti yang diadakan bagi mencungkil bakat dan potensi pelajar dalam menambah bakat kepimpinan serta semangat bekerjasama dalam melaksanakan aktiviti secara berkumpulan. Program ini juga memberi pengalaman baru kepada pelajar untuk memasang khemah dan membina gajet dengan ikatan – ikatan yg telah dipelajari sebelum ini.

Objektif bagi program ini adalah:

1️⃣ Memperkembangkan potensi, bakat dan kebolehan pelajar dalam aktiviti perkhemahan.
2️⃣ Menghasilkan kerjasama berkumpulan dalam kalangan pelajar.
3️⃣ Melahirkan pelajar yang bersifat kepimpinan dalam menguruskan pasukan masing-masing.

Galeri gambar boleh layari laman Facebook rasmi sekolah.

Majlis Apresiasi Inspirasi Ilmu, Aspirasi Bestari Daerah Kuala Terengganu 2025

Majlis Apresiasi Inspirasi Ilmu, Aspirasi Bestari Daerah Kuala Terengganu 2025 telah berlangsung dengan jayanya di Dewan Dato’ Razali Ismail, SK Sultan Sulaiman ll, Kuala Terengganu.


Syabas dan Tahniah kepada Ayahanda Pengetua Cemerlang, Ustaz Md Imran Bin Md Nor di atas penganugerahan Anugerah Khas Pendidikan (Kepimpinan Menengah) dan Cikgu Herdawati Binti Muda atas kejayaan meraih Anugerah Guru Berwibawa (Guru Hebat Bahasa). Diharapkan ianya menjadi motivasi dan pembakar semangat kepada guru-guru yang lain.

Program Immersion Kecemerlangan 2025

Program Immersion Kecemerlangan Tingkatan 4 ini adalah bertujuan untuk memberi pendedahan kepada pelajar tentang kaedah dan teknik pembelajaran dalam setiap subjek yang diajar seterusnya mengaplikasikan pengalaman dan pemahaman tersebut dalam pembelajaran di sekolah sendiri. Perkongsian ilmu ini berlangsung selama 5 hari yang melibatkan di antara 8 orang pelajar SEMSAS dan 5 orang pelajar Tingkatan 4 daripada sekolah ini

Objektif bagi program ini adalah:

1️⃣ Supaya murid dapat menerokai kelebihan yang terdapat di sekolah yang dilawati dan mengaplikasikannya di sekolah sendiri.
2️⃣ Memberi ruang dan peluang kepada murid meningkatkan akademik melalui pengajaran dan pembelajaran mereka di dalam kelas.
3️⃣ Supaya murid dapat berkongsi kelebihan yang diperoleh sepanjang belajar bersama murid di sekolah lain.