𝗕engkel “Oh My Tajwid” Tingkatan 1

Al-Quran merupakan mukjizat agung yg perlu dijaga dan dipelihara oleh kita sebagai umat Islam. Bahkan sebagai Huffaz Al-Quran, seharusnya lebih memberi penekanan yang sewajarnya dalam bacaan Al-Quran agar tajwid, makhraj dan sifat huruf dapat dialunkan dengan sempurna. Justeru itu, guru halaqah Al-Quran Tingkatan 1 mengambil inisiatif dengan menganjurkan bengkel ‘Oh My Tajwid’ bagi memberi galakan kepada semua pelajar tingkatan 1 agar dapat mengaplikasikan bacaan yang baik dalam hafazan Al-Quran.

Galeri gambar boleh layari laman Facebook rasmi sekolah.

#WeLoveiKT
#iKTNo1
#SederapSehasratMerealisasikaniKTNo.1

Dialog Prestasi Peperiksaan Pertengahan Tahun Tingkatan 4 “Zero G”

#WeLoveIKT
#IKTNo1
#SederapSehasratMerealisasikaniKTNo1


Galeri gambar boleh layari Facebook rasmi sekolah.

Maharajan Al-Quran Sekolah-Sekolah KPM Peringkat Negeri Terengganu 2025/1447H

TEMPAT : SM AGAMA SULTAN ZAINAL ABIDIN
TARIKH : 30 JUN 2025 (ISNIN)

TAHNIAH & SYABAS kepada anak-anak Soleh/Solehah Pintar IKT.

#WeLoveiKT
#iKTNo.1
#SederapSehasratMerealisasikanIKTNo.1

Galeri gambar boleh layari di Facebook rasmi sekolah.

Selamat Datang TV AlHijrah ke TV Huffaz IKT

Pada 26 Jun 2025 (Khamis), Pembaca Berita TV Al- Hijrah, En. Wan Kamaruddin bin Wan Ibrahim telah berkunjung ke SM Imtiaz YT Kuala Terengganu untuk membuat rakaman aktiviti pelajar sekitar kawasan asrama, balai quran dan juga bangunan akademik di sekolah. Rakaman telah bermula pada pukul 8.00 pagi dan berakhir kira-kira pukul 11.30 pagi. Wartawan TV Huffaz IKT turut bersama-sama En. Wan Kamarudin ketika rakaman berlangsung dan semoga dengan perkongsian pengalaman serta ilmu yang dikongsi bersama wartawan yang dikenali itu dapat melahirkan lebih ramai wartawan cilik yang berkaliber serta dapat mengharumkan lagi nama sekolah kita. Di samping itu, semoga dengan rakaman daripada pihak TV Al-Hijrah dapat sedikit sebanyak memberi manfaat serta pengetahuan kepada pihak luar tentang sekolah ini.

Rakaman video dan galeri gambar boleh layari laman Facebook dan Tiktok rasmi sekolah.