Selamat Menduduki Ujian Mendengar BM & BI SPM 2025

رَبِّ يَسِّر وَلَا تُعَسِّر
“..Ya Allah, permudahkanlah, jangan disusahkan, Aamin..”

Semoga dipermudahkan segala urusan dan diberikan kejayaan kepada para pelajar yang sedang menduduki peperiksaan SPM pada tahun ini.

Kem Ikon Huffaz Inspirasi

Maecon D’River Beladau Selat, 19-21 Nov 2025: Seramai 35 orang pelajar Tingkatan 1 SM Imtiaz YT Kuala Terengganu telah mengikut sebuah Kem Ikon Huffaz Inspirasi selama 3 hari anjuran Unit Al-Quran Tingkatan 1 sekolah. Kem ini  bertujuan untuk memberi semangat dan motivasi kepada pelajar yang telah menamatkan silibus Al-Quran, sambil menekankan pembinaan disiplin hafazan secara berterusan.

Antara objektif program ini adalah:

  • Memberi semangat dan motivasi kepada pelajar yang telah menamatkan silibus Al-Quran.
  • Memantapkan disiplin hafazan secara berterusan.
  • Meningkatkan penguasaan bacaan dan tajwid.

Galeri gambar boleh layari laman Facebook rasmi sekolah.

Kem Halawatul Quran

Far East Cottage, Penarek, 19 Nov 2025: Seramai 35 orang pelajar Tingkatan 3 SM Imtiaz YT Kuala Terengganu telah mengikut sebuah Kem Halawatul Quran selama 3 hari bermula hari ini anjuran Unit Al-Quran Tingkatan 3 sekolah. Kem ini diadakan bagi membantu pelajar yang berpotensi untuk menghabiskan silibus hafazan Al-Quran di Tingkatan 3. Pelajar-pelajar yang terpilih adalah di kalangan pelajar yang berada pada juzuk 12 hingga 18 hafazan Al-Quran.

Antara objektif kem ini adalah: 

  • Membina semangat murid untuk terus meningkatkan hafazan dengan lebih proaktif.
  • Membantu memberi ruang murid menghabiskan silibus semasa.

 

Galeri gambar boleh layari laman Facebook rasmi sekolah.

 

Latihan Kebakaran Bersama Balai Bomba & Penyelamat Kuala Terengganu

Program fire drill atau latihan kebakaran merupakan salah satu aktiviti tahunan SM Imtiaz YT Kuala Terengganu. Latihan kebakaran ini telah diadakan pada hari ini kira-kira jam 2.30 petang bertempat di dataran sekolah. Program ini telah dijalankan oleh unit keselamatan sekolah dengan diketuai oleh Ustaz Nasuha Salleh dan dibantu oleh guru-guru lain.

        Latihan kebakaran ini perlu bagi mempersiapkan para pelajar dan warga sekolah dengan pengetahuan dan tindakan serta langkah-langkah yang perlu diambil sekiranya berlaku kecemasan atau kebakaran. Justeru, semua warga sekolah perlu memahami dengan jelas mengenai langkah-langkah yang perlu diambil sekiranya berlaku sebarang kecemasan yang tidak diduga.

Galeri gambar boleh layari laman Facebook rasmi sekolah.