Bengkel AeroTech (Kelab Elit Avionik) Sekolah-Sekolah Imtiaz Yayasan Terengganu Tahun 2025

Marang, 23 – 25 Nov 2025:  Seramai 6 orang pelajar Tingkatan 1 SM Imtiaz YT Kuala Terengganu telah menyertai  Bengkel AeroTech (Kelab Elit Avionik) Sekolah-Sekolah Imtiaz Yayasan Terengganu tahun 2025. Bengkel tersebut telah berlangsung dengan jayanya selama 3 hari bertempat di BSaS Aeronautics, SMK Bukit Sawa, Marang, Terengganu.
 
Seramai 48 orang pelajar Tingkatan 1 dari Seluruh Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu telah terlibat sebagai peserta. Bengkel ini adalah sebuah program berpusat seliaan Bahagian Pengurusan Imtiaz Yayasan Terengganu dengan kerjasama BSas Aeronautics SMK Bukit Sawa.
 
Bengkel ini secara keseluruhan bertujuan memberi pendedahan awal kepada pelajar tentang dunia avionik dan aeroangkasa, memupuk minat dalam STEM, mengembangkan kemahiran berfikir dan kerja berpasukan melalui aktiviti praktikal, serta mendorong aspirasi kerjaya dalam bidang teknologi dan penerbangan selaras dengan hasrat melahirkan generasi Ulul Albab yang holistik dan berdaya saing.

Galeri gambar boleh layari laman Facebook rasmi sekolah.

Sambutan Hari Integriti Yayasan Terengganu Tahun 2025

Yayasan Terengganu, 25 Nov 2025: Yayasan Terengganu telah mengadakan Sambutan Hari Integriti Tahun 2025 dalam suasana penuh berinformasi dan berfokus kepada pembudayaan nilai integriti dalam kalangan warga kerja serta masyarakat. Seramai lebih kurang 10 orang Kakitangan Yayasan Terengganu di SM Imtiaz YT Terengganu berpeluang untuk hadir ke majlis tersebut.

 
Majlis sambutan tersebut telah dirasmikan oleh YBrs. Encik Mohd Nazri bin Muda, Timbalan Pengarah (Operasi) Yayasan Terengganu, yang dalam ucapan perasmiannya menekankan kepentigan integriti sebagai asas kepada tadbir urus yang cekap, beramanah dan bebas daripada penyelewengan.
Turut memeriahkan program sambutan adalah slot kuliah dhuha yang disampaikan oleh YBhg. Dato’ Seri Dr. Zulkifli bin Mohamad Al-Bakri, Mantan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama). Dalam kuliahnya, YBhg. Dato’ Seri Dr. berkongsi pandangan mengenai peranan integriti dari sudut agama dan kepimpinan, serta menekankan bahawa nilai integriti perlu diamalkan secara menyeluruh dalam setiap aspek kehidupan.
 
Selain pengisian ceramah, pelbagai pameran agensi kerajaan turut diadakan bagi memberi pendedahan kepada pengunjung mengenai perkhidmatan dan inisiatif yang berkaitan dengan integriti, keselamatan, pendidikan dan pembangunan sosial. Tidak ketinggalan pengusaha daripada syarikat swasta serta jualan daripada usahawan tempatan turut memeriahkan suasana sambutan.
 
Program ini diadakan bagi memperkukuh budaya kerja berintegriti dalam kalangan warga Yayasan Terengganu, di samping meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap kepentingan integriti sebagai teras kecemerlangan organisasi.
 
 
Galeri gambar boleh layari laman Facebook rasmi Yayasan Terengganu.

Selamat Menduduki Ujian Bertulis SPM 2025


رَبِّ يَسِّر وَلَا تُعَسِّر
“..Ya Allah, permudahkanlah, jangan disusahkan, Aamin..”


Semoga dipermudahkan segala urusan dan diberikan kejayaan kepada para pelajar yang sedang menduduki peperiksaan SPM pada tahun ini.

Bengkel Apple Tech Leader Sekolah-Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu 2025

Kuala Nerus, 20–22 Nov 2025: Bengkel Apple Tech Leader Sekolah-Sekolah Imtiaz Yayasan Terengganu tahun 2025 telah berlangsung dengan jayanya bertempat di Payang Scout Hotel, Kampung Telaga Batin, Kuala Nerus, Terengganu.

Seramai 80 orang pelajar Tingkatan 1 & 2 dari seluruh Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu telah dilantik sebagai Apple Tech Leader Imtiaz turut serta pada kali ini yang merupakan program berpusat seliaan Bahagian Pengurusan Imtiaz Yayasan Terengganu dengan kerjasama Guru-Guru Penyelaras Apple Education Imtiaz bersama Fasilitator Apple Professional Learning Specialists.

Tujuan utama bengkel ini adalah untuk meningkatkan kemahiran digital murid melalui penggunaan peranti dan aplikasi Apple, memupuk kreativiti serta kemahiran menyelesaikan masalah, membentuk murid sebagai pemimpin teknologi (tech leader), mengintegrasikan teknologi Apple dalam PdPc, dan mempersiapkan mereka menghadapi keperluan dunia masa depan berasaskan STEM dan literasi digital.

Tahniah & Syabas untuk anak-anak soleh solehah pintar SM Imtiaz YT Kuala Terengganu diatas kejayaan Pingat Gangsa bagi Anugerah “The Best Content Award”.

Galeri gambar boleh layari laman Facebook rasmi sekolah.