Program Kuca Sughe Kelab Ukhuwah (KUIK): Bulat Air Kerana Pembetung, Bulat Manusia Kerana Muafakat

Kelab Ukhuwah Imtiaz Kuala Terengganu (KUIK) telah mengadakan program “𝗣π—₯π—’π—šπ—₯𝗔𝗠 π—žπ—¨π—–π—” π—¦π—¨π—šπ—›π—˜ π—žπ—˜π—Ÿπ—”π—• π—¨π—žπ—›π—¨π—ͺ𝗔𝗛 (π—žπ—¨π—œπ—ž)” sebagai salah satu acara tahunan Sambutan Maulidur Rasul pada tahun ini. Ia diraikan dengan aktiviti bergotong-royong mengacau bubur asyura yang melibatkan seluruh warga sekolah dengan diketuai oleh guru tahfiz iaitu Pengerusi Kelab, Ustaz Nasharudin bin Ismail.

Galeri gambar boleh layari laman Facebook rasmi sekolah.

Selamat Menduduki Peperiksaan Percubaan SPM 2025

Warga sekolah ingin mengucapkan selamat menduduki Peperiksaan Percubaan SPM 2025 kepada anak-anak soleh pintar, batch Avenoir Tacenda. Semoga kalian dikurnai kesihatan yang berpanjangan, kelapangan hati dan ketenangan jiwa dalam menghadapi peperiksaan yang sedang berlangsung.

Tanamkan usaha yang kuat, diselitkan dengan doa tanpa henti dan tawakkal kepadaNya . Semoga kejayaan milik kita semua.

Galeri gambar boleh layari laman Facebook rasmi sekolah.

Majlis “Sentuhan Kasih Ayahanda Pengetua”

Galeri gambar boleh layari laman Facebook rasmi sekolah.

Majlis Persaraan Abi KO, Ustaz Md Nor Yahya

Ahad, 20 Julai 2025: Majlis “Sanjungan Budi, Lestari Kasih” telah diadakan untuk merayakan persaraan Penolong Kanan Kokurikulum, Ustaz Md Nor Bin Yahya yang lebih mesa dengan panggilan “Abi KO”. Majlis diadakan sebagai menghormati dan memberikan penghargaan kepada beliau atas sumbangan dan perkhidmatannya selama ini.Β  Pelbagai acara termasuk persembahan badan beruniform, pencak silat, paluan kompang, ucapan, bacaan doa, dan penyampaian cenderamata dilangsungkan dengan penuh penghargaan bagi menghargai jasa beliau dalam dunia pendidikan.

Warga sekolah mengucapkan Selamat Bersara kepada Abi KO. Segala salah dan silap harap dimaafi. Semoga tautan kasih kami akan kekal utuh menjadi selingkar kenangan kepada Ustaz. Selaut kasih, selangit kasturi, seharum setanggi, sejambak bunga terima kasih, titipan kasih buatmu PK Kokurikulum.

Kuning emas masaknya padi

Mawar merah dalam jambangan

Terima kasih daun keladi

Budi Tuan dalam kenangan

Galeri gambar & video boleh layari laman Facebook rasmi sekolah.