Hafazan Al-Quran Setiap Pagi

KUALA TERENGGANU, 29 Jan : Program hafazan Al-Quran merupakan aktiviti wajib bagi sekolah ini. Pada waktu persekolahan, mulai jam 7.30 hingga 9.30 pagi, guru tasmi’ akan mendengar pelajar menghafaz Al-Quran mengikut halaqah masing-masing. Ianya bertujuan untuk melihat sejauhmana pencapaian sebenar pelajar dalam menghafaz Al-Quran ย setelah mereka mengulang bacaan di sebelah malam dan subuh.

Guru berkenaan akan mencatat helaian yang dibaca dan dihafaz.

Ujian TOV Bermula

KUALA TERENGGANU, 29 Jan : Semua pelajar tingkatan 3 dan 5 hari ini telah menduduki ujian Take of Value(TOV).

Bagi tingkatan 3, ujian ini bermula pada 29hb Januari dan akan selesai pada 2 Febuari 2012, manakala tingkatan 5 bermula 29hb januari dan berakhir pada 15 Febuari 2012.

Ketika meninjau kelas tersebut, semua pelajar sedang menjawab soalan dengan tekun sekali. Semoga mereka akan beroleh kejayaan.

Sila klik DI SINI untuk melihat gambar seterusnya

Latihan Kawad Mingguan

KUALA TERENGGANU, 27 Jan : Setiap minggu latihan kawad kaki telah diadakan di dataran SM Imtiaz K.Trg. Ianya diadakan selama 2 jam yang bermula jam 7.30 hingga 8.30 pagi bagi pelajar perempuan manakala 8.30 hingga 9.30 pagi bagi pelajar lelaki.

Latihan kawad ini telah dipantau dan dilatih oleh seorang petugas khas iaitu Encik Wan Hassan bin Wan Ibrahim iaitu bekas jurulatih dari PLKN.

Pakaian Persatuan / Kelab