
Hotel Paya Bunga, 24 Sept 2025: Warga pendidik bagi seluruh Sekolah-sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu hari ini diraikan dalam Majlis Apresiasi Kecemerlangan Sekolah tahun 2025.
Turut hadir merasmikan majlis tersebut ialah Tuan Haji Megat Samsudin bin Megat Yusof, Timbalan Pengarah (Pendidikan) Yayasan Terengganu diiringi oleh En. Mohd Nazri bin Muda, Timbalan Pengarah (Operasi) Yayasan Terengganu, Pegawai-pegawai Yayasan Terengganu, Pengetua dan warga pendidik dari seluruh Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu.
Majlis ini diadakan sebagai tanda penghargaan dan pengiktirafan atas usaha gigih warga pendidik mencatatkan kejayaan cemerlang dalam Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bagi Tahun 2024.
Majlis ini juga menjadi medan untuk merakamkan ucapan terima kasih Yayasan Terengganu kepada guru-guru, dan menyuntik motivasi untuk terus mengekalkan dan meningkatkan prestasi akademik pada masa akan datang.
Galeri gambar boleh layari laman Facebook rasmi sekolah.