Lawatan Pelajar-Pelajar ASEAN Sempena Southeast Asia Olympiad Championship

Seramai 44 orang peserta Sekolah ASEAN terdiri daripada guru, pelajar terpilih beserta wartawan telah berkunjung ke SM Imtiaz YT Kuala Terengganu bagi program lawatan penandaarasan dan perkongsian ilmu dengan sekolah ini. Tujuan lawatan ini adalah untuk memperkukuh hubungan kerjasama pendidikan antara sekolah-sekolah ASEAN serta memberi pendedahan mengenai amalan terbaik sistem pendidikan di Malaysia.

Ketibaan rombongan adalah sekitar pukul 11.00 pagi dan program dimulakan dengan sesi fotografi di Dataran Ulul Albab. Kemudian pelawat telah dibawa ke Bilik Mesyuarat untuk mendengar ucapan ringkas daripada  Pengetua dan seterusnya beberapa program lain seperti tayangan video korporat sekolah, tayangan slaid amalan terbaik sekolah, sesi soal jawab, menandatangani LOU dan penyampaian cenderahati. Mereka juga turut dibawa melawat ke bilik-bilik khas untuk melihat secara lebih dekat kaedah pengajaran dan  pembelajaran di sekolah ini. Secara keseluruhannya, program lawatan ini berakhir sekitar pukul 1.00 tengahari.

Lawatan penandaarasan Sekolah ASEAN ke SM Imtiaz YT Kuala Terengganu ini diharap dapat menjadi platform yang berkesan dalam meningkatkan kualiti pendidikan serta memperkukuh hubungan kerjasama serantau. Melalui perkongsian pengalaman, amalan terbaik dan interaksi antara guru serta pelajar, program ini diyakini mampu memberi manfaat berpanjangan kepada semua pihak yang terlibat. Program ini bukan sahaja memperkenalkan sistem pendidikan dan budaya Malaysia kepada rakan-rakan ASEAN, malah dapat memperkukuh semangat integrasi serantau yang berteraskan nilai persefahaman, toleransi dan kerjasama. Justeru, sokongan padu daripada semua pihak amatlah diperlukan bagi memastikan keberkesanan dan kejayaan penganjuran program ini.

Galeri gambar boleh layari laman Facebook rasmi sekolah.

Leave a Reply

Your email address will not be published.