KOTA BHARU , 27 September : Karnival Sekolah Kluster Kecemerlangan ( SKK ) Peringkat Kebangsaan Zon Timur telah diadakan di Kota Bharu bertempat di SMK Zainab ( 1 ).

Karnival tersebut melibatkan 3 buah negeri pantai timur iaitu Pahang, Terengganu serta Kelantan. Ianya bermula pada 24 dan berakhir  26 september. Ramai pelajar dari negeri lain melawat gerai penerangan SMIYT Kuala Terengganu dan ada yang berminat untuk memasuki sekolah ini.

Sekolah ini telah menghantar seramai 10 orang pelajar dan 2 orang guru pengiring iaitu Ustaz Kalmani dan Cikgu Ayatul. Antara acara yang dipertandingkan ialah catur dan Kalimatus Sobah.

Dalam pertandingan catur, Muhamad Fahim Hanis bin Fahmi Anuar telah berjaya menduduki tempat kelima. Tahniah dan syabas anak Soleh Pintar SM Imtiaz Yayasan Terengganu Kuala Terengganu.

Gambar selanjutnya sila KLIK DI SINI