
Hotel Paya Bunga, Kuala Terengganu, 25 Sept 2025: Jamuan akhir tahun bagi pelajar-pelajar Tingkatan 5 SM Imtiaz Yayasan Terengganu Kuala Terengganu telah diadakan pada hari ini yang melibatkan seramai 97 orang pelajar. Jamuan ini diadakan untuk meraikan dan menghargai usaha para pelajar Tingkatan 5 yang bakal menghadapi peperiksaan utama seperti SPM, serta untuk memberikan motivasi dan penghargaan atas pencapaian mereka sepanjang tahun.
Majlis ini menjadi satu acara perpisahan atau penutup untuk pelajar yang akan meninggalkan sekolah tidak lama lagi. Pihak pengetua dan guru-guru juga turut memberikan ucapan penghargaan dan nasihat kepada para pelajar. Acara diakhiri dengan jamuan untuk mengeratkan silaturahim antara pelajar dan guru.
Galeri gambar boleh layari laman Facebook rasmi sekolah.