Kedatangan bulan Ramadan yang penuh berkat ini hendaklah disambut dan dihayati dengan amalan yang berfaedah. Semoga Program Ihya Ramadan yang akan dijalankan ini mendapat ganjaran yang besar di sisi Allah SWT. Semoga Ramadan kali ini menjadi tarbiyyah ruhiyyah dalam mendidik pelajar menjadi muslimin dan muslimat yang bertaqwa.
Galeri gambar boleh layari laman Facebook rasmi sekolah.
Taman Tamadun Islam, 29 Januari: Seramai 97 orang pelajar hufaz yang berjaya mengkhatamkan 30 juzuk Al-Quran dari SM Imtiaz YT Kuala Terengganu telah dijemput hadir ke Majlis Graduasi & Anugerah Hafazan Kali Ke-16 Sekolah-sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu. Anugerah tersebut telah disampaikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi dan Pembangunan Insan yang mewakili YAB Menteri Besar Terengganu.
Turut mengiringi beliau ialah Pengarah Yayasan Terengganu, Encik Ahmad Farhan bin Abdul Wahab , semua Pengetua Sekolah-sekolah Imtiaz Yayasan Terengganu, Pegawai dari Yayasan Terengganu serta ibu bapa penerima anugerah.
Galeri gambar boleh layari laman Facebook rasmi sekolah.
Hari ke-4 minggu transisi, pelajar didedahkan dengan aktiviti syarahan Israk Mikraj yang disampaikan oleh Dr. Esaam Fayez Ibrahim yang merupakan Guru Bahasa Asing (B. Arab) SM Imtiaz YT Kuala Terengganu. Syarahan tersebut dimulakan pada pukul 10.00 pg dan berakhir pada 12.30 tgh. Objektif aktiviti ini adalah untuk melahirkan pelajar yang cinta kepada Allah dan Rasul di samping dapat melahirkan pelajar yang boleh membiasakan diri dengan amalan-amalan yang diperintahkan oleh Allah serta menanam rasa cinta kepada ayat-ayat suci Al-Quran.
Galeri gambar boleh layari laman Facebook rasmi sekolah.