Category: Maklumat Am

Aktiviti Gotong Royong

eace85c4-9ce1-45ca-98cd-ad472e85a69aSMIYT KTRG SBT ,27 Jan : Program Gotong peringkat Sekolah merupakan aktiviti yang dirancang sepanjangh tahun 2018.

Ianya sebahagian daripada usaha untuk menceriakan kawasan Sekolah dan juga Asrama. Antara aktiviti yang dirancang ialah gotong royong menebang serta mencantikkan pokok-pokok di persekitaran sekolah.

Hari ini sati gotong royong yang terdiri daripada pekerja kebersihan telah diadakan dan dipantau oleh pihak Sekolah. Semoga aktiviti seumpama ini akan memberi keindahan dan keceria78ce709f-1a72-4808-a58f-3c3a60a5324f705d1332-18d9-49e8-a8e6-3b1bb645a7d72400e467-f6da-47c3-9f1b-e3c8639a73fbce59adc7-1713-4ed3-a461-1a4b0be90757an yang berterusan sepanjang masa.

1c61bd81-14e0-4b4f-a20d-418cb51b28e1

Bakti Diingati Kasih Tetap Di Hati

df754063-5702-4191-ab4e-1ffc8e8571c4SMIYT KTRG SBT , 27 Jan : Suasana menyelubungi seluruh warga SM imtiaz YT Kuala Terengganu pada 25 Jan yang lalu.

Dalam majlis Perpisahan sempena pertukaran guru , seramai 6 orang guru telah diraikan dengan penuh kehibaan namun redha di atas arahan bertugas di tempat baru.

Yang diraikan ialah Tuan Haji Ahmad Ridhuan bin Abd Ghani , Mantan Penolong Kanan Pentadbiran, yang ditugaskan ke SMAK Dato’ Haji Abas Tok Jiring , Cikgu Saripah binti Embong, Ustaz Solihin, Ustaz Suhaimi dan Ustazah Amal binti Daud bertugas di SMAASZA Batu Buruk. Manakala Ustazah Wan Kartini bertugas di SMA Marang.

Semoga mereka akan terus berjuang untuk memartabatkan sekolah masing-masing bagi mencapai hasrat dan harapan  Jabatan pendidikan Negeri Terengganu.

Gambar selanjutnya sila klik DI SINI

 

Ketua Sektor Adakan Perjumpaan Khas Bersama Pengurusan Sekolah

40b4249f-ca27-4a09-8555-2b33510da83bSMIYT KTRG SBT , 27 Jan : Ketua Sektor , Sektor Pendidikan Islam, Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu , Ustaz Awi bin Salleh baru-baru ini telah mengadakan perjumpaan singkat bersama semua pengurusan sekolah sebagai lawatan rasmi pada tahun 2018.

 

Taklimat Khas KPP Bahagian Pengurusan Imtiaz YT

fbe62982-bf6f-431d-95bb-6edad4df8c1fSMIYT KTRG SBT , 27 Jan : Satu taklimat khas oleh Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pengurusan Imtiaz YT , Encik Mazlan bin Che Wil kepada semua Pengurusan dan guru telah diadakan baru-baru ini.

Bertujuan memberi suntikan baru serta menjalankan tugas P&P dengan lebih berkesan ke arah memacu akademik yang lebih cemerlang terutama bagi menghadapi saingan tahun 2018.

1c72aa00-1bf3-4a4d-801f-88ba0a6360317088d671-abca-4563-93d6-da54b80fa6bea66130fd-7606-465a-95ce-e497ed1dd123