Category: Maklumat Am

Sumbangan Projek Naik Taraf Surau Tokku Pulau Manis, SM Imtiaz YT Kuala Terengganu

MPIBG SM Imtiaz YT Kuala Terengganu telah memulakan misi pengumpulan dana infaq untuk projek naik taraf Surau Tok Pulau Manis.  Projek naik taraf ini sudah bermula melibatkan membaik pulih kerosakan tandas, sistem perpaipan lama, membaik pulih 45% atap bocor, menampung kos tempahan tabir baharu dan membiayai kos penambahan pendingin hawa.

Surau Tok Pulau Manis merupakan pusat beribadah bagi warga iKT, dimana para pelajar akan solat secara berjemaah dan dijadikan sebagai pusat hafazan Al Quran serta aktiviti lain yang berkaitan.
Sehubungan itu, Pihak MPIBG SM Imtiaz YT Kuala Terengganu mengalu-alukan sumbangan infaq daripada semua dermawan dan kaum muslimin muslimat khasnya para alumni SM Imtiaz YT Kuala Terengganu dengan menyalurkan sumbangan anda ke akaun :

Tetuan MPIBG Imtiaz YT Kuala Terengganu
13017010051813
BANK ISLAM
SM Imtiaz YT Kuala Terengganu

Terima kasih kepada semua yang telah memberikan sumbangan. Semoga ia diterima sebagai amal jariah yang berkekalan..

Tulus,
Mohd Azam Bin Syaffiee
Naib Yang Dipertua
MPIBG SM Imtiaz YT Kuala Terengganu

Galeri gambar boleh layari laman Facebook rasmi sekolah.

Program Kuca Sughe Kelab Ukhuwah (KUIK): Bulat Air Kerana Pembetung, Bulat Manusia Kerana Muafakat

Kelab Ukhuwah Imtiaz Kuala Terengganu (KUIK) telah mengadakan program “𝗣π—₯π—’π—šπ—₯𝗔𝗠 π—žπ—¨π—–π—” π—¦π—¨π—šπ—›π—˜ π—žπ—˜π—Ÿπ—”π—• π—¨π—žπ—›π—¨π—ͺ𝗔𝗛 (π—žπ—¨π—œπ—ž)” sebagai salah satu acara tahunan Sambutan Maulidur Rasul pada tahun ini. Ia diraikan dengan aktiviti bergotong-royong mengacau bubur asyura yang melibatkan seluruh warga sekolah dengan diketuai oleh guru tahfiz iaitu Pengerusi Kelab, Ustaz Nasharudin bin Ismail.

Galeri gambar boleh layari laman Facebook rasmi sekolah.

Majlis Persaraan Abi KO, Ustaz Md Nor Yahya

Ahad, 20 Julai 2025: Majlis “Sanjungan Budi, Lestari Kasih” telah diadakan untuk merayakan persaraan Penolong Kanan Kokurikulum, Ustaz Md Nor Bin Yahya yang lebih mesa dengan panggilan “Abi KO”. Majlis diadakan sebagai menghormati dan memberikan penghargaan kepada beliau atas sumbangan dan perkhidmatannya selama ini.Β  Pelbagai acara termasuk persembahan badan beruniform, pencak silat, paluan kompang, ucapan, bacaan doa, dan penyampaian cenderamata dilangsungkan dengan penuh penghargaan bagi menghargai jasa beliau dalam dunia pendidikan.

Warga sekolah mengucapkan Selamat Bersara kepada Abi KO. Segala salah dan silap harap dimaafi. Semoga tautan kasih kami akan kekal utuh menjadi selingkar kenangan kepada Ustaz. Selaut kasih, selangit kasturi, seharum setanggi, sejambak bunga terima kasih, titipan kasih buatmu PK Kokurikulum.

Kuning emas masaknya padi

Mawar merah dalam jambangan

Terima kasih daun keladi

Budi Tuan dalam kenangan

Galeri gambar & video boleh layari laman Facebook rasmi sekolah.

MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN KOPERASI SEKOLAH PERINGKAT KEBANGSAAN 2024

Sempena berlangsungnya Majlis AKKS 2024 yang bertempat di Pearl View Hotel, Seberang Prai,Pulau Pinang, Koperasi Sekolah Menengah Imtiaz YT Kuala Terengganu Berhad telah berjaya meraih 2 Anugerah di Peringkat Kebangsaan ;

πŸ†Anugerah Khas AKKS : Sambutan Hari Koperasi Sekolah Terbaik 2024 Peringkat Kebangsaan : TEMPAT KEDUA

πŸ† Anugerah Pelancongan Koperasi Sekolah (PKS) 2024 Peringkat Kebangsaan : TEMPAT KEEMPAT

🌷Terima Kasih di atas segala kerjasama, tunjuk ajar dan budi bicara daripada Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Terengganu , Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu, Pengurusan Imtiaz Yayasan Terengganu, khususnya ANGKASA Negeri Terengganu serta semua Agensi terlibat yang menjadi faktor utama kejayaan yang diperolehi.

Besarlah harapan agar semua pihak akan terus menyokong Koperasi Sekolah Menengah Imtiaz YT Kuala Terengganu supaya lebih bersinar di masa-masa akan datang..

Sederap Sehasrat Merealisasikan IKT NO 1