Category: Kurikulum

Program Kolaboratif Cemerlang Bahasa Arab SPM

Program teknik menjawab soalan Bahasa Arab ini terdiri daripada 69 orang calon SPM 2025 bagi SM Imtiaz YT Setiu dan 10 orang ‘guru muda’ calon SPM 2025, SM Imtiaz YT Kuala Terengganu. Penceramah program ini adalah merupakan guru Bahasa Arab sekolah ini sendiri iaitu Ustazah Zuraida Bt. Yusof .

Objektif program adalah:

1️⃣ Persediaan menghadapi peperiksaan SPM 2025.
2️⃣ Memberi pendedahan tentang kaedah dalam menguasai teknik menjawab soalan terkini.
3️⃣ Memotivasikan pelajar agar dapat mencapai kecemerlangan A+ bagi subjek Bahasa Arab SPM 2025 serta mencapai sasaran 100% lulus dengan cemerlang.

Galeri gambar boleh layari laman Facebook rasmi sekolah.

#WeLoveIKT
#IKTNo1
#SederapSehasratMerealisasikaniKTNo1

Dialog Prestasi Peperiksaan Pertengahan Tahun Tingkatan 2, 3 & 4

Satu program “Dialog Prestasi Peperiksaan Pertengahan Tahun” yang melibatkan pelajar-pelajar Tingkatan 2, 3 & 4 telah diadakan bagi tujuan menemukan para ibu bapa pelajar bersama para guru bagi membincangkan hal-hal yang berkaitan dengan pelajaran dan sahsiah serta motivasi dalam diri pelajar. Di sini ibu bapa, pelajar dan guru berpeluang untuk bersemuka dan berbincang mengenai prestasi akademik, tindakan, idea-idea serta cadangan penambahbaikan yang boleh dilaksanakan bagi meningkatkan kecemerlangan pelajar dan seterusnya merealisasikan matlamat sekolah.

#WeLoveiKT
#iKTNo1
#SederapSehasratMerealisasikaniKTNo1


Galeri gambar boleh layari laman Facebook rasmi sekolah.

Dialog Prestasi Peperiksaan Pertengahan Tahun Tingkatan 4 “Zero G”

#WeLoveIKT
#IKTNo1
#SederapSehasratMerealisasikaniKTNo1


Galeri gambar boleh layari Facebook rasmi sekolah.

ANUGERAH EMAS UNTUK SM IMTIAZ KUALA TERENGGANU

Pada 23 Oktober 2014 (Rabu) bertempat di Pusat Sains dan Kreativiti Terengganu (PSKT), Team Al-Farabi SM Imtiaz YT Kuala Terengganu dengan Produk Inovasi “Hybrid Aquaponic Auto-X” telah mendapat kejayaan Anugerah Emas bagi Produk Inovasi STEM (Kategori Terbuka) dalam Pertandingan Terengganu STEM Outreach Workshop 2024 (Fasa 3)

Gambar selanjutnya DI SINI