Category: Kurikulum

Tahniah!!! SM Imtiaz Kuala Terengganu Johan Kuiz Peringkat Negeri

Slide2UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU : Dengan berbekalkan ilmu dan tunjuk ajar dari guru , akhirnya peserta dari sekolah ini telah berjaya membawa pulang Trofi di atas kemenangan dalam pertandingan Kuiz Sains Kelautan Peringkat Negeri Terengganu yang dianjurkan oleh UMT.

Mereka terdirir daripada Nur Wafi Syamimi, Alya Farhana, Nadhirah dan Mastura Izzati. Bukan itu sahaja, mereka juga membawa pulang hadiah RM500.00 berserta sijil.

Tahniah dan syabas kerana mengharumkan nama sekolah di Peringkat Negeri.

Slide4Slide1Slide3

Lawatan Pengawas Sekolah SMK Seri Jengka, Pahang Darul Makmur

Slide1SMIYT KTRG SBT , 26 Mei : Pihak sekolah telah menyambut ketibaan Pelajar-pelajar yang terdiri daripada Pengawas Sekolah SMK Seri Jengka, Pahang pada pagi kelmarin. Mereka telah disambut mesra oleh Ustazah Faidahnam binti Busu, Penolong Kanan Akademik, Tuan Haji Ahmad Ridhuan bin Abd Ghani, Penolong Kanan HEM serta Kaunselor sekolah iaitu Puan Ramlah dan Puan Zaiton.

Tujuan rombongan tersebut adalah bertukar-tukar pendapat dan buah fikiran bersama Majlis Perwakilan Pelajar di sekolah ini agar apa yang positif di bawa pulang ke sekolah mereka.

Slide14Slide6Slide9

Gambar selanjutnya sila klik DI SINI

Pasukan Sekolah Johan Pertandingan Geometers Sketchpad Peringkat Negeri Terengganu

Slide1KUALA TERENGGANU , 26 Mei : Sekalung tahniah dan syabas kepada peserta sekolah ini ย apabila diumumkan johan bagi kategori Menengah Atas dalam pertandingan Geometer’s Sketchpad ( GSP ) bagi program Kebitaraan Matematik.

Ianya telah diadakan di Batu Buruk Beach Resort yang bermula 23 – 24 baru-baru ini. Manakala kategori Menengah Rendah hanya mendapat saguhati.

Objektifnya ialah

1. Dapatย melahirkan pelajar yang berkemampuan dalam bidang IT.

2. Mempertingkatkan pengetahuan pelajar dalam subjek Matematik.

3. Meningkatkan kualiti PdP dengan menggunakan BBM yang menarik.

4. Meningkatkan minat dalam kalangan pelajar terhadap subjek Matematik dengan menggunakan BBM yang dihasilkan.

 

Tahniah dan syabas!!

Lawatan Pegawai KPM Putrajaya

Slide4SMIYT KTRG SBT , 8 Mei : Pagi ini pihak sekolah telah menerima kunjungan hormat daripada pegawai Kementerian Pendidikan yang berpusat di Putrajaya yang diketuai oleh Tuan haji Che Noh dan diringi oleh Encik Mohd Nor daripada Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu.

Mereka terdiri daripada pegawai-pegawai dari unit buku teks. Tujuan mereka adalah ingin melihat perkembangan sekolah terutama buku teks yang difahamkan akan menggunakan kaedah baru bagi mengganti buku teks.

Ketika ini mereka dibawa ke bilik mesyuarat bagi mendengar taklimat mengenai sekolah dan lain-lain lagi.

Slide8Slide10Slide7Slide12Slide13Slide14Slide15