Category: Kurikulum

Kem Perkampungan Ilmu Siri 1 – SPM 2026

Unit Projek Kecemerlangan SPM 2026 telah mengajurkan sebuah kem khusus untuk semua calon SPM 2026 dengan penyertaan seramai 86 orang pelajar. Kem ini merupakan strategi awal untuk mencipta lonjakan keputusan pada peperiksaan TOV yang dijangka berlangsung pada akhir Januari 2026.

Antara objektif kem ini diadakan adalah:

  • Mendedahkan teknik menjawab soalan peperiksaan.
  • Mengulangkaji tajuk bagi silibus Tingkatan 4.
  • Mendedahkan tajuk bagi silibus Tingkatan 5.

Galeri gambar boleh layari laman Facebook rasmi sekolah.

Dialog Prestasi Peperiksaan Akhir Tahun Tingkatan 4 Tahun 2025

Galeri gambar boleh layari laman Facebook ( UASA Tingkatan 1-3, UASA Tingkatan 4 ) rasmi sekolah.

Bengkel AeroTech (Kelab Elit Avionik) Sekolah-Sekolah Imtiaz Yayasan Terengganu Tahun 2025

Marang, 23 – 25 Nov 2025:  Seramai 6 orang pelajar Tingkatan 1 SM Imtiaz YT Kuala Terengganu telah menyertai  Bengkel AeroTech (Kelab Elit Avionik) Sekolah-Sekolah Imtiaz Yayasan Terengganu tahun 2025. Bengkel tersebut telah berlangsung dengan jayanya selama 3 hari bertempat di BSaS Aeronautics, SMK Bukit Sawa, Marang, Terengganu.
 
Seramai 48 orang pelajar Tingkatan 1 dari Seluruh Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu telah terlibat sebagai peserta. Bengkel ini adalah sebuah program berpusat seliaan Bahagian Pengurusan Imtiaz Yayasan Terengganu dengan kerjasama BSas Aeronautics SMK Bukit Sawa.
 
Bengkel ini secara keseluruhan bertujuan memberi pendedahan awal kepada pelajar tentang dunia avionik dan aeroangkasa, memupuk minat dalam STEM, mengembangkan kemahiran berfikir dan kerja berpasukan melalui aktiviti praktikal, serta mendorong aspirasi kerjaya dalam bidang teknologi dan penerbangan selaras dengan hasrat melahirkan generasi Ulul Albab yang holistik dan berdaya saing.

Galeri gambar boleh layari laman Facebook rasmi sekolah.

Selamat Menduduki Ujian Bertulis SPM 2025


رَبِّ يَسِّر وَلَا تُعَسِّر
“..Ya Allah, permudahkanlah, jangan disusahkan, Aamin..”


Semoga dipermudahkan segala urusan dan diberikan kejayaan kepada para pelajar yang sedang menduduki peperiksaan SPM pada tahun ini.