Hari ke-5 tanpa PdPC, para pelajar didedahkan dengan aktiviti sukaneka yang bermula pada pukul 12.30 tgh sehingga 2.00 petang. Aktiviti sukaneka ini berlangsung dengan begitu meriah! Seronok melihat anak-anak pelajar iKT ketawa, berlari dan bermain dengan penuh semangat. Inilah saat mencipta kenangan manis bersama rakan pelajar dan para guru. Syabas semua, teruskan keceriaan ini!
Galeri gambar boleh layari laman Facebook rasmi sekolah.
SM Imtiaz YT Kuala Berang, 25 Sept 2025: Karnival Idul Ilmi Sekolah-sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu Kali Ke-19 telah diadakan di SM Imtiaz Yayasan Terengganu Kuala Berang selaku tuan rumah yang mana program ini telah berlangsung selama 3 hari bermula sejak 23 September 2025.
Karnival Idul Ilmi ini merupakan aktiviti tahunan yang bertujuan untuk mengasah bakat-bakat baru dan menggilap bakat-bakat terpendam dalam kalangan pelajar serta menjadi medan untuk mengeratkan hubungan sesama keluarga Imtiaz. Ia merupakan salah satu manifestasi usaha pengukuhan komponen utama Ulul Albab iaitu Quranik bagi merelealisasikan cita murni melahirkan generasi imtiaz yang berkemahiran insaniah serta unggul di mata dunia. Bahagian Pengurusan Imtiaz telah mengambil langkah efisien agar aktiviti ko-kurikulum yang berbentuk ilmiah ini disatukan sambutannya supaya menampakkan kehebatan pada sambutan peristiwa berkenaan.
Seramai 304 pelajar dari 8 buah SM Imtiaz Yayasan Terengganu telah menyertai pelbagai pertandingan yang dianjurkan. Sebanyak 7 acara utama telah dipertandingkan merangkumi 22 kategori, antaranya hafazan, tilawah al-Quran, nasyid, khat serta pidato dalam tiga bahasa – Melayu, Inggeris dan Cina.
SM Imtiaz Yayasan Terengganu Dungun telah diumumkan sebagai Johan Keseluruhan Wanita, manakala SM Imtiaz Yayasan Terengganu Setiu memenangi Johan Keseluruhan Lelaki dan dinobatkan sebagai Johan Keseluruhan Karnival Idul Ilmi Kali Ke-19. Selain itu, SM Imtiaz Yayasan Terengganu Marang telah diumumkan sebagai tuan rumah bagi Karnival Idul Ilmi Kali ke-20 Tahun 2026 akan datang.
Karnival Idul Ilmi Kali Ke-19 Tahun 2025 melabuhkan tirainya dengan penuh gemilang menerusi Majlis Penutupan Perasmian yang berlangsung di SM Imtiaz Yayasan Terengganu Kuala Berang hari ini. Majlis tersebut disempurnakan oleh Encik Mohd Firdaus bin Zakaria, Penolong Pengarah (Ijtihadik), Bahagian Pengurusan Imtiaz Yayasan Terengganu.
Galeri gambar boleh layari laman Facebook rasmi sekolah.
Perkhemahan badań-badan beruniform bagi sekolah-sekolah menengah Imtiaz Yayasan Terengganu telah berlangsung selama 3 hari 2 malam bertempat di Kem Sri Keluang, Besut yang melibatkan lebih kurang 320 orang pelajar dari seluruh Sekolah Menengah Imtiaz.
SM Imtiaz YT Kuala Terengganu tidak ketinggalan menghantar 20 orang banat dan 20 orang banin sebagai peseta perkhemahan tersebut. Tahniah kepada peserta kerana telah dinobatkan Johan bagi pertandingan ‘Best Gadget & Tent’ manakala Naib Johan bagi pertandingan ‘First Aid’ dan ‘Ioi Volunteering’.
Mukhayam Ulul Albab dianjurkan bagi melahirkan pelajar yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek, selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Program ini memberi peluang kepada pelajar mempraktikkan ilmu sebagai ahli unit beruniform, seterusnya membentuk disiplin, semangat kerjasama, dan kepimpinan.
Antara aktiviti-aktiviti yang dijalankan termasuk :-
Istiadat Pagi
Mendirikan khemah
Rentas halangan
Night walk
Compass marching & Gajet
Ikatan & Pertolongan cemas
Malam simfoni alam
Pertandingan kawad kaki
Melalui aktiviti ini, pelajar dapat menimba ilmu perkhemahan sambil memupuk nilai murni dan menghargai alam sekitar. Berikut adalah objektif bagi program ini:
Memperkukuh jati diri Muslim melalui penghayatan nilai Islam dalam kehidupan harian.
Melahirkan insan Ulul Albab yang seimbang dari segi akal, rohani, fizikal dan emosi.
Memupuk kepimpinan dan tanggungjawab dalam suasana berkumpulan.
Meningkatkan disiplin dan ketahanan dirii dalam menghadapi cabaran.
Memperkukuh jati diri Muslim melalui penghayatan nilai Islam dalam kehidupan harian.
Mengukuhkan ukhuwah Islamiah melalui aktiviti berkumpulan dan ibadat.
Memantapkan kemahiran hidup dan asas dakwah, termasuk komunikasi dan pengurusan diri.
Menyemai kecintaan terhadap Al-Quran dan minat kepada ilmu.
Galeri gambar boleh layari laman Facebook rasmi sekolah.
Pusat Sains & Kreativiti Terengganu, 12 Ogos 2025 : SYABAS & TAHNIAH! kepada anak-anak soleh pintar SM Imtiaz YT Kuala Terengganu yang telah dinobatkan sebagai JOHAN bagi “Cabaran Cetakan 3D” dalam pertandingan Malaysia Techlympic Zon Timur. Seramai 22 orang pelajar daripada Imtiaz Kuala Terengganu yang menyertai pertandingan ini dalam pelbagai jenis perlawanan iaitu Cabaran Kejuruteraan Dunia (WEC), Cabaran Drone, Cabaran Cetakan 3D, Cabaran Kereta Roket dan Cabaran Ezy Rover/ Roket Tempur. Mereka diiringi oleh 5 orang guru pembimbing yang mewakili setiap perlawanan tersebut.
Pelajar yang mendapat Johan akan bertanding ke peringkat seterusnya bagi mewakili Negeri Terengganu yang akan berlangsung di Negeri Melaka. Kumpulan yang mendapat Johan ini terdiri daripada pelajar TIngkatan 2 iaitu Muhammad Umar b. Has, Muhammad Aufa Iman b. Zaiman Haifizie, Fawwaz Afham b. Farih dan Umar Najmi b. Rusli.
Sebagai makluman program pembudayaan Sains, Teknologi dan Inovasi (STI) perdana MOSTI ini adalah anjuran daripada Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) dan Malaysia Bioeconomy Development Corporation Sdn. Bhd. agensi di bawah MOSTI. Inisiatif ini merupakan usage kerajaan melalui MOSTI untuk memperkasakan bidang STI serta menggalakkan lebih ramai penglibatan pelajar dan belia dalam bidang STI dan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) melalui pendekatan berbentuk pertandingan.
Galeri gambar boleh layari laman Facebook rasmi sekolah.