Category: Kokurikulum

Karnival Idul Ilmi Sekolah-Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu Kali Ke-19 Tahun 2025

SM Imtiaz YT Kuala Berang, 25 Sept 2025: Karnival Idul Ilmi Sekolah-sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu Kali Ke-19 telah diadakan di SM Imtiaz Yayasan Terengganu Kuala Berang selaku tuan rumah yang mana program ini telah berlangsung selama 3 hari bermula sejak 23 September 2025.

Karnival Idul Ilmi ini merupakan aktiviti tahunan yang bertujuan untuk mengasah bakat-bakat baru dan menggilap bakat-bakat terpendam dalam kalangan pelajar serta menjadi medan untuk mengeratkan hubungan sesama keluarga Imtiaz. Ia merupakan salah satu manifestasi usaha pengukuhan komponen utama Ulul Albab iaitu Quranik  bagi merelealisasikan  cita murni melahirkan generasi imtiaz yang berkemahiran insaniah serta unggul di mata dunia. Bahagian Pengurusan Imtiaz telah mengambil langkah efisien agar aktiviti ko-kurikulum yang berbentuk ilmiah ini disatukan sambutannya supaya menampakkan kehebatan pada sambutan peristiwa berkenaan. 

Seramai 304 pelajar dari 8 buah SM Imtiaz Yayasan Terengganu telah menyertai pelbagai pertandingan yang dianjurkan. Sebanyak 7 acara utama telah dipertandingkan merangkumi 22 kategori, antaranya hafazan, tilawah al-Quran, nasyid, khat serta pidato dalam tiga bahasa – Melayu, Inggeris dan Cina.

SM Imtiaz Yayasan Terengganu Dungun telah diumumkan sebagai Johan Keseluruhan Wanita, manakala SM Imtiaz Yayasan Terengganu Setiu memenangi Johan Keseluruhan Lelaki dan dinobatkan sebagai Johan Keseluruhan Karnival Idul Ilmi Kali Ke-19. Selain itu, SM Imtiaz Yayasan Terengganu Marang telah diumumkan sebagai tuan rumah bagi Karnival Idul Ilmi Kali ke-20 Tahun 2026 akan datang.

Dalam pertandingan tersebut SM Imtiaz Yayasan Terengganu Kuala Terengganu telah berjaya mendapat tempat dalam beberapa acara yang dipertandingkan.

Johan Tilawah Lelaki Menengah Atas
🥇AHMAD FAWWAZ HILMI BIN TARMIZI
 
Naib Johan Tilawah Lelaki Menengah Rendah
🥈MUHAMMAD ADDIN QAYYUM BIN MOHD SUPIAN
 
Naib Johan Tilawah Perempuan Menengah Rendah
🥈SUFYA UMAIRAH BINTI SUKRI
 
Ke-3 Tahfiz Juzuk 30, 1-18 Lelaki
🥉MUHAMMAD HABIBURRAHMAN BIN AHMAD FUAD
 
Ke-3 Pidato Bahasa Inggeris
🥉NURIN QISTINA BINTI AZIZI
 
Karnival Idul Ilmi Kali Ke-19 Tahun 2025 melabuhkan tirainya dengan penuh gemilang menerusi Majlis Penutupan Perasmian yang berlangsung di SM Imtiaz Yayasan Terengganu Kuala Berang hari ini. Majlis tersebut disempurnakan oleh Encik Mohd Firdaus bin Zakaria, Penolong Pengarah (Ijtihadik), Bahagian Pengurusan Imtiaz Yayasan Terengganu.
 
 
 
Galeri gambar boleh layari laman Facebook rasmi sekolah.

Mukhayyam Ulul Albab Sekolah-sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu Tahun 2025

Perkhemahan badań-badan beruniform bagi sekolah-sekolah menengah Imtiaz Yayasan Terengganu telah berlangsung selama 3 hari 2 malam bertempat di Kem Sri Keluang, Besut yang melibatkan lebih kurang 320 orang pelajar dari seluruh Sekolah Menengah Imtiaz.

SM Imtiaz YT Kuala Terengganu tidak ketinggalan menghantar 20 orang banat dan 20 orang banin sebagai peseta perkhemahan tersebut. Tahniah kepada peserta kerana telah dinobatkan Johan bagi pertandingan ‘Best Gadget & Tent’ manakala Naib Johan bagi pertandingan ‘First Aid’ dan ‘Ioi Volunteering’.

Mukhayam Ulul Albab dianjurkan bagi melahirkan pelajar yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek, selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Program ini memberi peluang kepada pelajar mempraktikkan ilmu sebagai ahli unit beruniform, seterusnya membentuk disiplin, semangat kerjasama, dan kepimpinan. 

Antara aktiviti-aktiviti yang dijalankan termasuk :- 

  • Istiadat Pagi
  • Mendirikan khemah
  • Rentas halangan
  • Night walk
  • Compass marching & Gajet
  • Ikatan & Pertolongan cemas
  • Malam simfoni alam
  • Pertandingan kawad kaki

Melalui aktiviti ini, pelajar dapat menimba ilmu perkhemahan sambil memupuk nilai murni dan menghargai alam sekitar. Berikut adalah objektif bagi program ini:

  • Memperkukuh jati diri Muslim melalui penghayatan nilai Islam dalam kehidupan harian.
  • Melahirkan insan Ulul Albab yang seimbang dari segi akal, rohani, fizikal dan emosi.
  • Memupuk kepimpinan dan tanggungjawab dalam suasana berkumpulan.
  • Meningkatkan disiplin dan ketahanan dirii dalam menghadapi cabaran.
  • Memperkukuh jati diri Muslim melalui penghayatan nilai Islam dalam kehidupan harian.
  • Mengukuhkan ukhuwah Islamiah melalui aktiviti berkumpulan dan ibadat.
  • Memantapkan kemahiran hidup dan asas dakwah, termasuk komunikasi dan pengurusan diri.
  • Menyemai kecintaan terhadap Al-Quran dan minat kepada ilmu.

Galeri gambar boleh layari laman Facebook rasmi sekolah.

Pertandingan Malaysia Techlympic – Zon Timur (Terengganu, Kelantan & Pahang)

Pusat Sains & Kreativiti Terengganu, 12 Ogos 2025 : SYABAS & TAHNIAH! kepada anak-anak soleh pintar SM Imtiaz YT Kuala Terengganu yang telah dinobatkan sebagai JOHAN bagi “Cabaran Cetakan 3D” dalam pertandingan Malaysia Techlympic Zon Timur. Seramai 22 orang pelajar daripada Imtiaz Kuala Terengganu yang menyertai pertandingan ini dalam pelbagai jenis perlawanan iaitu Cabaran Kejuruteraan Dunia (WEC), Cabaran Drone, Cabaran Cetakan 3D, Cabaran Kereta Roket dan Cabaran Ezy Rover/ Roket Tempur. Mereka diiringi oleh 5 orang guru pembimbing yang mewakili setiap perlawanan tersebut.

Pelajar yang mendapat Johan akan bertanding ke peringkat seterusnya bagi mewakili Negeri Terengganu yang akan berlangsung di Negeri Melaka. Kumpulan yang mendapat Johan ini terdiri daripada pelajar TIngkatan 2 iaitu Muhammad Umar b. Has, Muhammad Aufa Iman b. Zaiman Haifizie, Fawwaz Afham b. Farih dan Umar Najmi b. Rusli. 

Sebagai makluman program pembudayaan Sains, Teknologi dan Inovasi (STI) perdana MOSTI ini adalah anjuran daripada Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) dan Malaysia Bioeconomy Development Corporation Sdn. Bhd. agensi di bawah MOSTI. Inisiatif ini merupakan usage kerajaan melalui MOSTI untuk memperkasakan bidang STI serta menggalakkan lebih ramai penglibatan pelajar dan belia dalam bidang STI dan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) melalui pendekatan berbentuk pertandingan.

Galeri gambar boleh layari laman Facebook rasmi sekolah.

Perkhemahan Unit Beruniform 2025

Perkhemahan badan beruniform di SM Imtiaz YT Kuala Terengganu telah diadakan pada 31 Julai hingga 2 Ogos 2025 yang melibatkan 171 orang pelajar Tingkatan 2-4 dengan pelbagai aktiviti. Perkhemahan merupakan satu aktiviti yang diadakan bagi mencungkil bakat dan potensi pelajar dalam menambah bakat kepimpinan serta semangat bekerjasama dalam melaksanakan aktiviti secara berkumpulan. Program ini juga memberi pengalaman baru kepada pelajar untuk memasang khemah dan membina gajet dengan ikatan – ikatan yg telah dipelajari sebelum ini.

Objektif bagi program ini adalah:

1️⃣ Memperkembangkan potensi, bakat dan kebolehan pelajar dalam aktiviti perkhemahan.
2️⃣ Menghasilkan kerjasama berkumpulan dalam kalangan pelajar.
3️⃣ Melahirkan pelajar yang bersifat kepimpinan dalam menguruskan pasukan masing-masing.

Galeri gambar boleh layari laman Facebook rasmi sekolah.