Category: Am

๐†uru Tahfiz ๐ข๐Š๐“ Rangkul Naib Johan Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Negeri Terengganu 1447H/2025M

Majlis Daerah Setiu, Sungai Tarom, 30 Okt 2025: Kalungan tahniah diucapkan kepada Ustaz Ahmad Syahir Bin Yahaya atas pencapaian cemerlang merangkul gelaran Naib Johan dalam Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Negeri Terengganu Tahun 2025.

Kejayaan ini sudah pasti menjadi inspirasi buat anak-anak pelajar dalam mengangkat nilai kesucian Kalamullah, Al-Quran Karim.

Galeri gambar boleh layari laman Facebook rasmi sekolah.

Majlis Restu Ilmu & Solat Hajat SPM 2025

Jawatankuasa Kecemerlangan SPM sekolah akan menganjurkan Majlis Restu Ilmu dan Solat Hajat SPM 2025 pada esok hari kepada pelajar Tingkatan 5 yang akan menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia tidak lama lagi

Majlis bertujuan untuk memberi ruang kepada para pelajar memohon keberkatan dan restu daripada para guru dan ibu bapa sebelum menduduki peperiksaan utama.

Selain itu dapat memupuk nilai kasih sayang, hormat-menghormati dan hubungan akrab antara guru, ibubapa dan pelajar.

Melalui majlis ini juga dapat mendidik atlet murid supaya bergantung harap kepada Allah SWT melalui amalan solat hajat dan doa.

Majlis sebegini perlu diteruskan lagi pada masa-masa akan datang agar hubungan ibu bapa dan guru dapat melahirkan anak-anak pelajar yang sentiasa bermotivasi dan dapat meningkatkan prestasi dalam bidang akademik.

Galeri gambar dan video boleh layari laman Facebook rasmi sekolah.

Semua Calon SPM 2025 Berjaya Khatam Hafazan 30 Juzuk Al-Quran

Tahniah dan Syabas kepada guru-guru, terutama guru-guru Hifz al-Quran dan anak-anak Avenoir Tacenda SPM 2025 .

97 orang calon SPM 2025 telah berjaya khatam hafazan 30 juzuk. Ini merupakan batch kedua khatam Al-Quran 100% selepas batch Envyctus (SPM 2024).

Terima kasih kepada ayahanda pengetua, barisan pengurusan, ibu bapa dan semua warga SM Imtiaz YT Kuala Terengganu yang sentiasa memberi sokongan dan dorongan yang padu.

Semoga anak-anak soleh solehah pintar Avenoir Tacenda terus cemerlang dan 12A+ menjadi milik kalian.

Ujian Kemasukan Pelajar Tingkatan 1 SM Imtiaz Yayasan Terengganu Sesi 2026

Taman Tamadun Islam, 21 Okt 2025: Ujian Kemasukan Pelajar Tingkatan 1 ke Sekolah Imtiaz Yayasan Terengganu bagi Sesi 2026 telah berlangsung dengan lancar di Pusat Konvensyen Taman Tamadun Islam.

Seramai 4,198 calon dari seluruh Malaysia menghadiri peperiksaan tersebut di bawah seliaan Bahagian Pengurusan Imtiaz, Yayasan Terengganu.

Ujian ini merupakan langkah penting dalam proses pemilihan pelajar baharu ke Sekolah Imtiaz yang terkenal dengan gabungan pendidikan akademik cemerlang dan hafazan Al-Quran serta pelaksanaan sahsiah islam sebagai teras utama

Galeri gambar boleh layari laman Facebook rasmi sekolah.