Category: Am

Firqah Durian Feast 2026

Alhamdulillah, hari ini pihak sekolah telah menganjurkan aktiviti santai makan durian bersama seluruh warga SM Imtiaz YT Kuala Terengganu. Ia merupakan salah satu tradisi yang sangat dinantikan oleh seluruh warga IKT. Aktiviti ini bukan sahaja menjadi peluang untuk menikmati durian segar yang enak, tetapi juga sebagai acara sosial bagi mewujudkan semangat kerjasama ketika mengumpul dana dan kesungguhan dalam memastikan semua orang dapat merasai keunikan buah durian yang lazat.

Program Transisi & Pembentukan Karakter Pelajar: Gotong-royong Keceriaan

Hari kedua tanpa PdPC, para pelajar didedahkan dengan aktiviti gotong-royong bersama para guru yang mana ia merupakan salah satu aktiviti yang perlu dilaksanakan setiap tahun di awal pembukaan sekolah. Ia bertujuan untuk membersihkan kawasan sekolah dan mengalakkan warga sekolah mengitar semula bahan-bahan terbuang. Di samping itu juga ia menyediakan persekitaran yang selamat kepada pelajar dan menceriakan persekitaran sekolah agar dapat menarik minat pelajar untuk ke sekolah.

Galeri gambar boleh layari laman Facebook rasmi sekolah.

Program Transisi & Pembentukan Karakter Pelajar: “First Day At School”

Kehadiran Pegawai Perhubungan Sekolah (PPS) daripada kalangan pegawai dan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) memainkan peranan dalam usaha mencegah pelakuan kes jenayah termasuk buli membabitkan pelajar. Kehadiran PPS memang untuk mencegah bukan sahaja kes buli tetapi lain-lain kes jenayah yg melibatkan pelajar dengan kerjasama pihak sekolah dan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)

Justeru itu, Pegawai Perhubungan Sekolah Daerah Kuala Terengganu, Inspektor Mohd Fadli Ismail telah hadir ke sekolah untuk memberi kesedaran tentang bahaya jenayah, dadah dan gengsterisme serta memberi khidmat nasihat keselamatan dan disiplin kepada semula pelajar sempena pembukaan penggal pertama persekolahan bagi sesi 2026 yang bermula sejak jam 7.20 pagi.

Galeri gambar boleh layari laman Facebook rasmi sekolah.

Perhimpunan Rasmi Sekolah Kali-1

Perhimpunan Rasmi Pertama Tahun 2026 telah diadakan sebagai pembuka tirai kepada sesi persekolahan baharu dengan penuh tertib dan bersemangat.

Majlis dimulakan dengan perarakan masuk semua guru dimulai dengan Tuan Pengetua yang berbesar hati menyampaikan cenderahati kepada semua pelajar disepanjang perarakan masuk ke Dewan Assyatibi, diikuti nyanyian tiga buah lagu, bacaan doa dan ikrar dan ucapan pengetua yang melambangkan kesinambungan dan permulaan perjalanan pendidikan di bumi Imtiaz Kuala Terengganu.

Perhimpunan ini menjadi wadah penting untuk menyampaikan hala tuju Imtiaz Kuala Terengganu agar menjadi panduan bersama dalam membentuk sahsiah, disiplin dan kecemerlangan pelajar.

Galeri gambar boleh layari laman Facebook rasmi sekolah.