
24 Oktober 2026, Kuala Lumpur โ Tahniah dan syabas diucapkan kepada Nawwarul Iman binti Nuqman Naqiuddin, pelajar IKT, atas kejayaan meraih Naib Johan bagi Kategori Hafazan Remaja Perempuan dalam Majlis Tilawah Al-Quran PETRONAS Peringkat Kebangsaan 2026/1448H yang berlangsung di Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC).
Kejayaan yang membanggakan ini membuktikan kesungguhan, ketekunan dan komitmen beliau dalam menghafaz serta mendalami ayat-ayat suci Al-Quran.
Semoga pencapaian ini menjadi inspirasi dan pembakar semangat kepada seluruh warga IKT untuk terus berusaha mencapai kecemerlangan dalam bidang akademik, hafazan Al-Quran dan pembentukan sahsiah diri.
Syabas dan tahniah sekali lagi! Semoga terus istiqamah dalam menghafaz Al-Quran serta mencapai kejayaan yang lebih gemilang pada masa hadapan.