
Program Liqa Ulul Albab: Malu Bukan Old School Siri 1 merupakan salah satu inisiatif dalam membentuk sahsiah dan keperibadian murid berteraskan nilai-nilai Islam serta penghayatan konsep Ulul Albab.
Program ini mengetengahkan nilai malu sebagai sebahagian daripada iman yang perlu dipelihara dalam kehidupan seharian. Sifat malu bukanlah sesuatu yang ketinggalan zaman (old school), sebaliknya merupakan benteng diri yang membimbing seseorang agar sentiasa menjaga adab, tingkah laku, tutur kata dan batas pergaulan selaras dengan tuntutan agama.
Melalui pengisian program ini, para pelajar diharapkan dapat memahami bahawa sifat malu yang terpuji mencerminkan kemuliaan akhlak, maruah diri dan jati diri seorang Muslim. Nilai ini juga penting dalam melahirkan generasi Ulul Albab yang bukan sahaja cemerlang dalam akademik, malah unggul dari segi akhlak dan kerohanian.
Semoga program ini memberikan manfaat kepada seluruh warga sekolah serta menjadi pemangkin kepada pembentukan generasi yang berilmu, beriman dan berakhlak mulia.
Galeri gambar boleh layari laman Facebook rasmi sekolah.