
Tahniah dan syabas diucapkan kepada Ustaz Ahmad Syahir Bin Yahaya, guru Al-Quran di SM Imtiaz Yayasan Terengganu Kuala Terengganu atas kejayaan merangkul Johan dalam Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Daerah Marang Tahun 2026.
Kejayaan ini merupakan satu pencapaian yang membanggakan serta mencerminkan kesungguhan, komitmen dan kecintaan terhadap kalam Allah SWT. Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi kepada seluruh warga sekolah untuk terus mendalami, menghayati dan mengamalkan ajaran Al-Quran dalam kehidupan seharian.
Pihak sekolah merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan tahniah atas pencapaian yang membanggakan ini. Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin untuk terus melakar kecemerlangan dalam bidang tilawah Al-Quran pada peringkat yang lebih tinggi.
Tahniah atas kejayaan yang diraih! Semoga terus istiqamah menyinari kehidupan dengan cahaya Al-Quran.
Galeri gambar boleh layari laman Facebook rasmi sekolah.