
SM Sains Sultan Mahmud (SESMA), 29 Sept 2025: Program ini merupakan anjuran Sekolah Menengah Sains Sultan Mahmud, Terengganu (SESMA) dengan kerjasama Fakulti Reka Bentuk Inovatif & Teknologi UniSZA, Pusat Pelancongan dan Kebudayaan Negeri Terengganu, Muzium Negeri Terengganu serta Apple Distinguished School yang bertemakan “Voyage of Tradition: Innovating the Past for the Future”. Ini adalah program kebangsaan yang menghimpunkan 6 orang peserta daripada 20 buah sekolah berasrama penuh (SBP) yang mana program seumpama ini berjaya menggabungkan tradisi + inovasi + teknologi melalui kajian dan inovasi bot tradisional.

SCUFF 2025 diadakan bertujuan untuk mengasah bakat pelajar dalam mencipta bot tradisional dengan menginovasikan kegunaan dan menambahbaikan kuasa enjin dan sistem perkapalan dengan menggunakan teknologi baru berdasarkan SDG dan AI. Program seumpama ini juga dapat melahirkan pelajar yang kreatif, berdaya saing dan peka budaya.
Pelajar perlu mempersembahkan:
- Model bot & poster infografik
- Video & AR interaktif
- Inovasi mesra alam berasaskan SDG 14: Kehidupan di Bawah Air

Alhamdulillah, setinggi-tinggi tahniah dan syabas diucapkan buat 6 orang anak-anak pelajar soleh solehah pintar SM Imtiaz YT Kuala Terengganu (IKT) dan guru pembimbing di atas kejayaan yang membanggakan dalam pertandingan SCUFF 2025 yang disertai buat kali pertama penyertaan.
Berikut adalah kejayaan dan pencapaian yang diperolehi :
Silver 🥈- Best Infografic Award
1. Muhammad Amirul Thaqiuddin b. Abdul Bashir – 3AA
2. Nur Hafizah Imanina binti Sulaiman – 3 Nafi’
Silver 🥈- AR Innovators Award
1. Muhammad Norhafizi bin Norlizan – 3 IK
2. Nur Syadiyah binti Mohd Haris Safwan – 3 AA
Bronze 🥉- Top Traditional Replica Award
1. Iman Harith bin Mohd Shaari – 3NF
2. Nur Rihana Ibtisam bt. Mohd Roslee – 3AA
Guru Pembimbing bersama :
1. Cg. Rozila
2. Cg. Nor Adni
3. Cg. Suryana
4. Ustaz Muhammad Nasuha
Galeri gambar boleh layari laman Facebook rasmi sekolah.