Archive for: January 2016

Terima Kasih Abang Bomba

Slide13SMIYT KTRG SBT, 31 Januari : Kehadiran abang bomba pagi ini bagi membantu membasmi wabak penyakit denggi telah mendapat pujian dari pihak sekolah.

Jabatan Bomba dan penyelamat Kuala Terengganu hadir pada pagi ini untuk membersihkan longkang besar di sekitar sekolah dan asrama.

Semoga usaha-usaha yang dijalankan oleh mereka ini mendapat keberkatan dan menjadi insan yang dimurahkan rezeki dan dipanjangkan umur.

TAHNIAH ABANG BOMBA!!!

Slide1Slide12Slide11Slide10Slide9Slide8Slide7Slide6Slide4Slide3Slide2Slide1fb207191-7de8-47e7-aa19-038e5948def6ed551dcc-5f80-4b31-95a9-2589b01c9a5cc4f24e40-9175-4dcc-b6d3-defd4c325afe82726730-c6cb-416d-99fa-4a386062dbd999bfc6ea-b243-4da2-9bd6-5c868fa0df35

Tahniah! Bola Jaring Naib Johan MSSD

c3a127f6-e52d-4644-ab77-98dab90e6728

SMIYT KTRG SBT , 31 Januari : Seluruh warga SM Imtiaz YT Kuala Terengganu mengucapkan syabas dan tahniah kepada pengurus dan team bola jaring kerana berjaya membawa pulang Naib Johan Bola Jaring dalam kejohanan MSSD yang diadakan pada 26 -28 Januari di SMK Sri Nilam baru-baru ini bagi kategori Menengah Atas.

Semoga kejayaan ini akan berterusan sepanjang tahun 2016.

Gimik Penyampaian hadiah juga telah diadakan di dewan besar pagi ini.

bd109d26-6b28-49f8-975d-7ac91f1f9b596787fcc6-0d43-4e83-8571-233c218afa9e4e3d4f7a-08e1-4bd2-b828-0e42b6ef75da355ae787-527c-41d6-bc15-47d6ccfdac46e73c4dcd-0c4c-4811-af4a-62537063a84f29269b62-5b64-4c6f-9fb3-b10e3e8c55b2d674c962-8344-4324-9a6b-75fd10a83edb3808ec86-99da-4c91-8569-de4e4b3d1d55

Gotong Royong Perdana Bersama Masyarakat Kampung

Slide75SMIYT KTRG SBT,30 Januari ,Sabtu : Hari ini satu program gotong royong bersama masyarakat kampung yang merupakan program komuniti sekolah telah diadakan. Serentak dengan program gotong royong peringkat Negeri Terengganu hari ini, pihak sekolah juga mengambil kesempatan mengadakan program ini bersama masyarakat sekitar kampung bagi mengeratkan lagi hubungan silaturrahim.

Acara gotong royong ini melibatkan semua guru , kakitangan , pelajar dan masyarakat Kampung serta ibubapa. Tujuan gotong royong ini adalah bagi membasmi pembiakan nyamuk aedes yang membawa kepada demam denggi. Lokasi pembersihan adalah di luar dan dalam kawasan sekolah yang berair seperti longkang besar dan juga kawasan yang lain seperti di kawasan pokok bunga dan sekitarnya.

Pihak sekolah mengucapkan jutaan terima kasih kepada masyarakat kampung serta ibubapa yang hadir bagi sama-sama bergotong royong membasmi pembiakan nyamuk aedes ini yang boleh membawa kepada kematian.

Slide100Slide89Slide84Slide80Slide68Slide60Slide48Slide101

Gambar selanjutnya sila klik DI SINI

Ustazah Mardziah , Cikgu Ariffin , Teacher Wawa Di Raikan High Tea Di Primula Hotel

Slide13SMIYT KRG SBT, 28 Januari : Jamuan High Tea Di Primula Hotel merupakan acara kemuncak bagi meraikan persaraan Cikgu Ariffin , pertukaran Puan Pengetua Ustazah Mardziah binti Che Abdullah sebagai Pengetua SMA Khairiah serta pertukaran Teacher Wawa ke SMK Dato’ Lela Segara Marang.

Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Ustaz Zakaria wakil dari Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu, Ustaz Wan Azman , Penolong Pengarah Quranik Yayasan Terengganu , Encik Azwandi , Penolong Pengarah Ijtihadik , Encik Sabri yang mewakili YDP MPIBG , Tuan Pengetua Encik Mohd Yusoff bin Othman serta semua guru dan kakitangan sekolah.

Dalam ucapan  Ustazah Mardziah dan Cikgu Ariffin , mereka begitu  terharu dan mengucapkan jutaan terima kasih di atas majlis tersebut.

Slide51Slide45Slide22Slide24Slide27

Gambar selanjutnya sila klik DI SINI