Archive for: February 2014

ITQAN Juara Pidato

Slide38SMIYT KTRG SBT , 9 Februari : Berbekalkan kepetahan dan kelancaran ketika berpidato sehingga memukaukan hakim menyebabkan Mohd Aqil bin Mohd Sabri dinobatkan Juara bagi pidato sempena program pidato bertemakan Muhammad Al Fateh.

Beliau telah menewaskan 5 peserta untuk melayakkan beliau dinobatkan johan serta menaikkan nama Firqah Itqan mengatasi firqah yang lain.

Pengumuman telah disampaikan oleh Cikgu Nurhakimah binti Muhammad manakala juara firqah diumumkan sendiri oleh Puan Pengetua , Ustazah Mardziah binti Che Abdullah.

Syabas ITQAN!!!!

Slide3Slide7Slide8Slide6Slide15Slide11

Gambar selanjutnya sila klik DI SINI

 

Klinik Terapi Sains Solat

Slide36 Seramai 8 pelajar tingkatan 5 bersama PuanPengetua dan Puan Marhaini mengikuti Pelancaran Buku Sains Solat Dan PerasmianKlinikTerapi Sains Solat di  Pusat Inovasi Kejuruteraan Perubatan, JabatanKejuruteraan Bio Perubatan, Universiti Malaya pada 27 – 28 Januari yang lalu.. Program ini dirasmikan oleh YB.Dato’ Seri Idris Jusoh, MenteriPendidikan II.

Kajian Sains Solat ini diketuai oleh Profesor Fatimah Ibrahim.Beliau banyak membuat kajian tentang solat dan menerbitkan beberapa buku seperti Kebaikan Solat Dari Perspektif Sains,Rawatan Sakit Pinggang Melalui Prinsip Pemulihan Serta Postur Dan Pergerakan Solat, Pencegahan Penyakit Jantung Dari Perpektif Holistik, SenamanReganganPergerakan Solat dan Solat Sebagai Terap iminda.

Kami didedahkan dengan kepentingan penjagaan kesihatan sekaligus menerangkan kebaikan bersolat dalam penjagaan kesihatan yang betul yang telah terbukti melalui alatan-alatan yang digunakan dalam kajian sains solat. Terdapat beberapa peralatan moden yang dapat membaca minda dan fungsi keseluruhan komponen dalam tubuh badan manusia di Klinik Terapi Sains Solat.

Semoga pendedahan ini dapat meningkatkan motivasi pelajar agar merealisasikan program Ulul Albab dari segi Quranik,Ijtihadik, dan Ensiklopedik sebagai cabaran dimasa akan datang.

Slide35Slide32Slide14Slide6Slide17Slide19

Gambar selanjutnya sila klik DI SINI

Program Penandaarasan Jabatan Kenaziran Sekolah-Sekolah Negara Brunei Darussalam

Slide3SMIYT KTG SBT , 3 Februari : Pagi ini pihak pengurusan sekolah telah menerima kunjungan hormat delegasi daripada Jabatan Kenaziran Sekolah-Sekolah Negara Brunei Darussalam.

Delegasi ini diketuai oleh Madam Tan Lian Lian , Pemangku Pengarah Kenaziran , Puan Hajjah Ardinah binti Orang Kaya Maha Bijaya Haji Osman , Penolong Pengarah Kenaziran. Mereka telah diiringi oleh Encik Wan Ahmad Hizan bin Wan Hassan , Ketua Nazir Jabatan Kenaziran Negeri Terengganu ( JNJK ) serta wakil Pengarah Yayasan Terengganu , Puan Sharifah Fatzhiyah binti Syed Ahmad , Penolong Pengarah Kanan ( HEA ).

Ketika ini rombongan Jemaah Nazir sedang mengikuti ucapan aluan dari Puan Pengetua, Ustazah Mardziah binti Che Abdullah serta taklimat khas oleh Puan Sharifah Fatzhiyah binti Syed Ahmad dan Ketua Jabatan Al Quran , Ustaz Ridzuan bin Aziz.

Rombongan tersebut kemudian melawat bilik SEM serta Galeri sekolah sebelum menikmati jamuan makan tengahari dan menunaikan solat Zohor berjemaah bersama pelajar sekolah di Surau.

 

Slide6Slide5Slide2Slide1Slide4Slide3

Gambar selanjutnya sila klik DI SINI