Archive for: February 2014

Aimi Husaini Johan Sahiba

Slide1 (2)KUALA TERENGGANU , 25 Februari : Pelajar sekolah ini , adik Aimi Husaini bin Azman telah mempamerkan kesungguhan dan semangat juang yang tinggi apabila diumumkan Johan Pertandingan Sahiba Daerah Kuala Terengganu Selatan yang diadakan di SMK Manir hari ini.

Pihak sekolah telah menghantar 2 orang wakil iaitu beliau sendiri dan Aqlima yang mendapat tempat ke 5.

 

Tahniah untuk anak-anak Al fateh

 

 

Kesungguhan Pelajar Hasilkan Kejayaan di Peringkat Negeri Dan Kebangsaan

SMIYT KTRG SBT , 25 Februari : Setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada pelajar sekolah ini yang berjaya mewakili Negeri dalam acara catur ke Peringkat Kebangsaan di Negeri Sarawak pada bulan april ini.

Manakala 2 orang pelajar perempuan yang menyertai bola jaring telah berjaya mewakili daerah ke Peringkat Negeri yang diadakan pada 20 – 21 yang lalu. Terdahulu Pasukan bola jaring sekolah telah mendapat JOHAN dan Naib Johan  MSSDKTS yang telah diadakan pada 15 – 17 Februari yang lalu.

Slide2 (2)

Slide2 (2)Slide3

Tahniah!!!

” AL FATEH DRIVEN UMMAH “

Pengetua Rasmi Kem Kepimpinan MPP , MPA dn MPS

Slide6TELAGA BATIN , 20 Februari : Semua Majlis Perwakilan Pelajar ( MPP ) , Majlis Pengawas Asrama ( MPA ) dan Majlis Pengawas Sekolah ( MPS ) telah menghadiri Kem Kepimpinan anjuran Unit HEM bermula hari ini dan berakhir pada 22 Februari 2013.

Ianya diadakan di Kem Pengakap Telaga Batin, Kuala Terengganu. Ucapan aluan telah dimuai oleh Penolong Kanan HEM, Tuan Haji Ahmad Ridhuan bin Abd. Ghani seterusnya ucapan perasmian oleh Puan Pengetua, Ustazah Mardziah binti Che Abdullah.

Di antara petikan beliau ialah ianya bertujuan untuk memantapkan lagi kepimpinan dalam mencontohi dan membimbing pelajar-pelajar lain. Zahirkanlah kecemerlangan itu dengan menunjukkan peribadi dan aakhak yang terbaik.

Tambah beliu lgi, guru-guru sentiasa mengharapkan kumpulan pengurusan pelajar ini lebih bertanggungjawab , bersungguh dalam menunjukkan contoh yang terbaik. Dengan jawatan yang dilantik , pastikan dapat memberikan sumbangan yang cemerlang untuk kecemerlangan sekolah.

Seseorang pelajar imtiaz tida nilai jika tidak mampu untuk mengimamkan soat terutamanya tingkatan 5 yang bakal meninggalkan imtiaz agar dapat memberikan khidmat kepada masyarakat.

Slide2Slide3Slide4Slide5Slide7Slide8Slide9Slide10

Gambar selanjutnya sila klik DI SINI

AL FATEH DRIVEN UMMAH

Hazwan , Muizuddin , Aziz Abidin Harumkan Nama Sekolah Di Peringkat Negeri

Slide1WISMA DARUL IMAN , 20 Februari : Majlis Penutup Menghafaz Al Quran Peringkat Negeri Terengganu telah diadakan pada 18 Februari yang lalu. Sekalung tahniah kepada pelajar sekolah ini yang telah berjaya mendapat tempat Naib Johan dan ketiga dalam kategori masing-masing.

Beliau ialah Muizuddin mendapat Naib Johan bagi kategori 1 – 10 juzuk manakala Mohd Hazwan mendapat tempat ketiga 1- 30 juzuk. Semua hadiah disampaikan oleh Menteri Besar Terengganu, YAB Dato’ Seri Haji Ahmad bin Said.

Terdahulu pada peringkat saringan seramai 14 pelajar telah menduduki ujian tersebut pada 9 – 10 Februari dan hanya 3 pelajar sahaja yang layak ke peringkat akhir iaitu pada 16 Februari 2014. Mereka ialah Mohd Hazwan kategori 1 – 30 juzuk , Muizuddin dan Aziz Abidin 1 – 10 juzuk.

Slide2Slide7Slide1Slide76Slide84Slide78

Gambar selanjutnya sila klik DI SINI

Tahniah dan syabas!!!!