Archive for: July 2013

Lawatan Penanda Aras Dari Universiti Islam Jordan

Slide18SMIYT KTRG SBT , 4 Julai : Pihak pengurusan sekolah hari ini telah menerima tetamu dari Luar Negara. Ianya bertujuan melihat sistem pembelajaran yang merangkumi sistem Hafazan Al Quran.

Mereka terdiri daripada 2 orang dari Universiti Islam Jordan , Seorang dari IAB Cawangan Timur , Pengarah Pusat Tahfiz Quran ,Solo, Indonesia dan Pengetua Pusat Tahfiz .

Mereka disambut oleh Penolong Kanan HEM, Tuan Haji Ahmad Ridhuan bin Abd Ghani, Penolong Kanan Ulul Albab Tuan Haji Mohd Amin Faisal bin Haji Uzip dan Ketua Jabatan Agama, Ustaz Ahmad Fathi bin Mokhtar

Slide14Slide7Slide6

Penghargaan Untuk Pasukan Nasyid Dan Peserta Hafazan Sekolah

nasyidPRIMULA HOTEL , 4 Julai : Pasukan Nasyid dan Peserta Qiraat Sekolah diberi penghormatan mendendangkan lagu nasyid dan Qiraat Sab’ ah sempena Majlis Anugerah Pekhidmatan Cemerlang Pegawai Yayasan Terengganu di Primula Hotel pada 2 Julai baru-baru ini.

Pasukan Nasyid sekolah merupakan Johan Festival Nasyid peringkat Kuala Terengganbu Selatan 2012 & 2013 serta tempat KETIGA Pertandingan Nasyid Bintang Mukmin tahun 2012.

Manakala Pseserta hafazan Johan Qieraat Sab’ah peringkat Negeri Terengganu 2013.

Terima kasih jkepada Pihak Yayasan Terengganu kerana memberi penghormatan bagi mendendangkan lagu nasyid dan memabaca Qiraat Sab’ah.

amir

Lagu Nasyid 

Qiraat Sab’ah

Ini Bukan Silap Mata

Slide1SMIYT KTRG SBT , 3 Julai : Lihatlah betapa hebatnya pelajar Imtiaz K.Trg menunjukkan kemahiranmenyala api dengan melatakkan di atas tangan.

Pertunjukan ini merupakan salah satu pameran Science  World yang telah diadakan bermula 30 jun lalu dan berakhir semalam. Pameran tersebut tersebut telah diadakan di bilik Makmal Fizik, Biologi dan Kimia.

Slide2

Kursus Latihan Dalam Perkhidmatan Siri 6

Slide12SMIYT KTRG SBT , 3 Julai : Kursus ini diadakan di bilik kuliah yang melibatkan semua guru.

Bukan itu sahaja kurus ini juga memberi pendedahan dan  peluang kepada semua pelajar untuk menyertainya. Ianya diadakan di Dewan Asyatibi bagi tingkatan 4  dan tingkatn 3 & 5 di Surau.

Pihak pengurusan sekolah mengundang seorang pakara motivasi dan krew-krewnya yang diketuai oleh Dr. Megat Yusof Sharif , Certified Hypnotherapist( NGH) di bawah E-Class Training Centre ( M ) Sdn Bhd.

Slide9Slide3Slide7