Archive for: May 2013

Lawatan PUM Ke Kilang SME Bank

Slide33SMIYT KTRG SBT , 8 Mei : Persatuan Usahawan Muda ( PUM ) SM Imtiaz K.Trg telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Kompleks Kilang SME Bank di Chendering pada 7 Mei.

Menurut Pengerusi Persatuan Usahawan Muda, Taqiyyudin bin Mazlan, lawatan ini disertai seramai 24 ahli persatuan dan 2 orang guru pengiring.

Objektif utama lawatan ini adalah untuk memberi pendedahan kepada ahli persatuan tentang cara menguruskan perniagaan. Lawatan ini antara lain bertujuan memupuk semangat suka berniaga dalam kalangan ahlipersatuan.

Menurut pengurus SME Bank, Tuan Azali, ramai pelajar lepasan Universiti memilih untuk menjadi usahawan selepas tamat sesi pengajian.

Dalam lawatan tersebut ahli persatuan sempat melawat Syarikat ZIQ, Bakery, Zaman Ice dan Tinta Dynamik.

Slide38Slide25Slide14

Gambar selanjutnya sila klik DI SINI

Kursus Kepimpinan Kokurikulum 2013

Slide4SMIYT KTRG SBT, 4 Mei : Aktiviti Kokurikulum ialah sebahagian daripada kurikulum sekolah dan setiap pelajar harus melibatkan diri.

Sehubungan dengan satu kursus mengenainya telah diadakan pagi tadi yang bermula jam 10.00 pagi. Ianya dimulakan dengan ceramah oleh Encik Razali bin Yahya dari JPNT bahagian Kokurikulum.

Rasional bagi kursus ini ialah para pemimpin Kelab dan Persatuan, Badan Beruniform, Sukan dan Permainan Sekolah perlu didedahkan dengan ilmu kepimpinan dan pengurusan supaya para pelajar ini dapat memacu pasukan mereka ke arah organisasi yang lebih berkesan.

Kursus ini diharapkan akan dapat memberikan input dan gambaran yang jelas tentang pengurusan organisasi dan seterusnya dapat membantu merancang dan meningkatkan aktiviti yang dapat menarik minat ahli-ahlinya.

Pada jam 11.30 pagi ini akan diadakan perbincangan mengenai pengurusan Mesyuarat & Minit Mesyuarat serta Pengurusan Fail, Surat Menyurat dan Penyediaan Laporan. Manakala jam 12.30 tengahari akan diadakan perbincangan kumpulan dan persembahan dan diakhiri dengan rumusan serta penyampaian sijil pada jam 2.30 petang.

Slide2Slide3Slide5

Perbincangan mengenai pengurusan Mesyuarat & Minit Mesyuarat serta Pengurusan Fail, Surat Menyurat dan Penyediaan Laporan yang diselia oleh guru.

Slide1Slide2Slide3

Pembentangan Aktiviti

Slide1 Slide2 Slide3

Majlis penutup dirasmikan oleh Puan Pengetua Ustazah Mardziah binti Che Abdullah

Slide1 Slide2 Slide3

Penyampaian hadiah & sijil

Slide4 Slide5 Slide6

Gambar selanjutnya sila klik DI SINI

Kursus Kemahiran Berfikir Aras Tinggi

Slide3SMIYT KTRG SBT, 2 Mei : Kursus ini telah diadakan bermula 2.30 petang tadi yang melibatkan semua guru. Ianya dilaksanakan di Bilik Kuliah.

Semua pengurusan sekolah yang terdiri daripada Puan Pengetua, Ustazah Mardziah binti Che Abdullah, Penolong Kanan Pentadbiran, Ustazah Faidahnam binti Busu, Penolong Kanan HEM, Tuan Haji Ahmad Ridhuan bin Abd Ghani, Penolong Kanan Koku, Ustaz Md Nor bin Yahya, Penolong Kanan Ulul Albab, Tuan Haji Mohd Amin Faisal bin Haji Uzip  turut menyertai kursus ini.

Pengendali bagi kursus tersebut ialah Encik Razali bin Ismail dari Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu.

Slide10Slide1Slide5Slide6Slide7Slide9