Archive for: February 2012

HEART TO HEART OF PEARLS Pelajar Tingkatan 3

LAGUN KUALA IBAI, 22 Feb : Program ini telah di adakan pagi tadi di Lagun Kuala Ibai berhampiran Masjid Terapung. Ianya difokuskan kepada semua pelajar tingkatan 3. Semua guru yang mengajar tingkatan 3 turut hadir. Program ini turut dihadiri Puan Pengetua selaku perasmi program serta semua Penolong Kanan dan juga Ketua Jabatan

Menurut Kaunselor Sekolah, Cikgu Norhidayah, Program ini adalah program yang dijalankan khusus untuk pelajar Tingkatan 3 bagi mencungkil apakah masalah sebenar yang  sedang mereka hadapi. Jadi untuk program ini selain daripada permasalahan yang dibincangkan pada sebelah pagi, pelajar juga diminta membuat peta minda di sebelah petang  bagi setiap sukjek iaitu Sejarah,Geografi Sains dan PAI.

Setiap pelajar akan diberikan satu topik dan mereka akan membuat peta minda berdasarkan topik tersebut yang dikenali sebagai sharing is carring for all.

Sementara itu semua guru dan pelajar yang lahir dalam bulan Januari dan Februari telah diraikan dengan ucapan selamat panjang umur serta dimurahkan rezeki semoga menjadi insan yang terbaik yang sentiasa mentaati perintah Allah dan RasulNya.

Sila klik DI SINI untuk melihat gambar selanjutnya

Video Heart to Heart of Pears

Pengarah Yayasan Terengganu Rasmi Majlis Penutup Kursus Peningkatan Profesionalisma Perguruan SM Imtiaz Yayasan Terengganu

GAMBANG, PAHANG, 18 Feb : Pengarah Yayasan Terengganu hari ini telah merasmikan Majlis Penutup Kursus Peningkatan Profesionalisma Guru-Guru Sekolah-Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu dan SMK Seri Budiman. Turut mengiringi beliau ialah Timbalan Pengarah Agensi Pembangunan Masyarakat Terengganu serta KPP Yayasan Terengganu dan juga semua Pengtua SM Imtiaz Yayasan Terengganu.

Tuan Pengarah telah sudi menyampaikan semua sijil penyertaan Kursus dan diterima oleh semua pengetua sekolah masing-masing.

Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia Rasmi Kursus Peningkatan Profesionalisma Guru-Guru SM. Imtiaz Yayasan Terengganu

GAMBANG, PAHANG, 17 Feb : Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia, Y.B. Dato’ Dr Hj Mohd Puad bin Zarkashi malam ini telah merasmikan Kursus Peningkatan Profesionalisma Guru-Guru Sekolah-Sekolah Menengah Imtiaz  Yayasan Terengganu.

Turut mengiringi beliau ialah Y.B. Hj. Ahmad Razif bin Hj. Abd. Rahman, Pengerusi JK Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains Teknologi & Sumber Manusia Negeri Terengganu, Encik Zakaria bin Yusof, Pengarah Yayasan Terengganu, Abdul Latif bin Awang, Timbalan Pengarah Agensi Pembangunan Masyarakat Terengganu serta Semua Pengetua SM Imtiaz Yayasan Terengganu.

Antara objektif kursus ini di adakan adalah sebagai usaha bagi memantapkan tahap kemahiran dalam bidang perguruan dari segi maklumat dan kefahaman terhadap tugas dan tanggungjawab serta peranan yang perlu dimainkan oleh mereka dalam memberi pendidikan kepada pelajar masa kini.

Semoga di akhir kursus ini diharapkan para peserta dapat memahami peranan mereka sebagai pendidik dalam usaha membangunkan negara, bangsa dan agama.

Sila klik DI SINI untuk melihat gambar selanjutnya

Wacana Melestarikan Pendidikan Terbilang Terengganu Negeri Anjung Ilmu

GAMBANG, PAHANG, 17 Feb : Wacana ini telah diadakan bermula 16 feb dan akan berakhir pada 18 feb 2012. Program ini di adakan di Bukit Gambang Resort & City, Kuantan Pahang yang dianjurkan oleh Agensi Pembangunan Masyarakat Terengganu ( APMT ) dan Yayasan Terengganu ( Imtiaz )

Seramai 450 orang guru serta kakitangan dari 6 buah sekolah telah melaporkan diri petang kelmarin. Di antara sekolah yang terlibat ialah SM Imtiaz Besut, SM Imtiaz Dungun, SM Imtiaz Kemaman, SM Imtiaz Kuala Terengganu, SMK Seri Budiman serta Yayasan Terengganu. Imtiaz K.Trg telah menghantar seramai 98 orang guru dan kakitangan.

Tujuan wacana ini diadakan bagi meningkatkan profesionalisme guru dalam meningkatkan berdasarkan transformasi pendidikan negara.