Archive for: August 2011

Kem Kecemerlangan Sahsiah Pelajar SPM 2011

Menurut Pengurus Projek SPM 2011, Puan Rosni binti Jaffar@Harun, program ini telah di adakan selama 3 hari iaitu bermulai 15 hingga 17 julai 2011 yang telah dianjurkan oleh unit HEM bersama Projek SPM 2011.

Pihak sekolah telah menjemput Qulhaq Consultant di bawah kendalian Cr. Muhamad Tajudin bin Mustafa bagi mengendalikan program tersebut.

Tujuan di adakan program ini adalah untuk memantapkan lagi sahsiah pelajar disamping mendedahkan kepada pelajar tentang strategi dan kaedah belajar yang efisyen dan praktikal.

Tambahnya lagi, program tersebut bertujuan membimbing pelajar mengatasi halangan-halangan utama dalam mengejar kejayaan.

Lagu Sekolah

SM IMTIAZ KUALA TERENGGANU(KOSPINT)

 

 

Ya Rabbi Anta Maksudi

KeredhaanMu tuntutan kami

Imtiaz KOSPINT kami sayangi

Mendidik kami erti insani

 

Allah dan Rasul dalam ingatan

Quran dan Hadis jadi pegangan

 

Akhlak Al Quran diterapkan

Ilmu dan budi jadi asuhan

 

Akademik cemerlang pemikir terbilang

Meneraju ummah penuh gemilang

 

Imtiaz KOSPINT kami sanjungi

Namamu tersemat di Sanubari

Falsafah Sekolah

imtiaz

School of Excellence


I = Itqan(Kesungguhan)

m = Mahabbah (Kasih Sayang)

t = Takwa (Taat kepada Allah)

i = Istiqamah (Berterusan)

a = Akhlak (Budi Pekerti)

z = Za’amah (Kepimpinan)

Program Berbuka Puasa & Tadarus Al-Quran Di Masjid Negeri

Tarikh : 2 & 15 Ogos 2011 bersamaan 2 & 15 Ramadhan 1432H

Tempat : Masjid Negeri (Masjid Putih)

Bilangan Terlibat : 20 pelajar + 2 orang guru pengiring