Archive for: August 2011

Encik Mazlan Rasmi Pelancaran 99 Hari Menjelang SPM 2011

Disaksikan semua guru SPM 2011 serta semua pelajar yang akan menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia, majlis tersebut telah dirasmikan oleh Encik Mazlan bin Che Wil, Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Pengurusan Imtiaz Yayasan Terengganu pada jam 11.15 pagi tadi di bilik Kuliah.

Menurut Puan Rosni binti Jaffar@Harun selaku Pengurus Projek SPM 2011, tujuan program ini dilancarkan adalah untuk memperingati detik 99 hari lagi menjelang peperiksaan SPM sebenar kepada pelajar SPM 2011.

Tambahnya lagi, sebagai persediaan kepada pelajar untuk menggerak langkah dan bergerak sederap untuk menghadapi peperiksaan nanti.

INSYAALLAH

11A+

SPM 2011

Galeri gambar sila klik DI SINI

Perasmian Program Tadarus Al-Quran (Keluarga) Oleh YAB Dato’ Seri Menteri Besar Terengganu

            

      bergambar bersama Menteri Besar Terengganu, Dato’ Seri Ahmad Bin Said (tujuh dari kanan)

Majlis perasmian Program Tadarus Al-Quran (keluarga) oleh YAB Dato’ Seri Ahmad Bin Said, Menteri Besar Terengganu telah berlangsung di Masjid Raja Chendering pada 4 Ogos 2011 selepas solat terawikh yang diimamkan oleh imam jemputan dari Arab Saudi dan Mesir. Objektif program ini ialah untuk menimbulkan kesedaran dan memantapkan kemahiran membaca al-quran dalam jiwa setiap ahli keluarga disamping menjalinkan hubungan silaturahim antara kalangan keluarga dan komuniti setempat bersesuaian dengan Tema Tadarus Al-Quran (Tadarus Keluarga) pada tahun ini iaitu “ Ke Arah Membudayakan Al-Quran Dalam Kehidupan Berkeluarga ”.

Berikut adalah sedikit petikan ucapan Dato’ Seri Menteri Besar :

1. Amalan tadarus merupakan salah satu ibadat yang diberi tumpuan oleh Rasulullah S.A.W dalam bulan Ramadhan bersama Saidina Jibril.

2. Sempena Program Ihya Ramadhan Peringkat Negeri Terengganu tahun 1432H/2011M, kerajaan negeri melalui Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu dengan kerjasama pengerusi dan jawatankuasa masjid-masjid terpilih mengambil inisiatif untuk menganjurkan amalan tadarus ini. Program ini di taja oleh Top It Sdn.Bhd.

3. Sebanyak 19 buah masjid dari 3 buah parlimen (Kuala Terengganu, Marang Dan Kuala Nerus) telah dipilih untuk menjayakan program ini dengan penglibatan seramai 30 orang pelajar tahfiz dari SM imtiaz YT Kuala Terengganu (KOSPINT) untuk mengetuai tadarus al-quran bersama masyarakat setempat.

Sesi bergambar juga telah diadakan selepas majlis jamuan moreh.

 

Perjumpaan KPP BPI YT Bersama Guru-Guru SM Imtiaz YT Kuala Terengganu

 

Satu perjumpaan telah diadakan antara KPP BPI YT, En. Mazlan Bin Cik Wil bersama guru-guru pada hari Rabu, 3 Ogos 2011, jam 12.30 tengahari bertempatkan di bilik mesyuarat SM Imtiaz YT Kuala Terengganu.

Tadarus Al-Quran Dan Perkongsian Ilmu Limiah Bulan Ramadhan

Sempena kedatang bulan ramadhan al-mubarak ini, program tazkirah pada waktu pagi untuk semua guru telah diganti dengan program Tadarus Al-Quran Dan Perkongsian Ilmu Limiah Bulan Ramadhan. Dalam program tersebut, setiap ketua tadarus akan mengetuai bacaan dengan diikuti oleh para guru sebanyak 1 mukasurat sehari. Selepas selesai tadarus al-quran, ketua tadarus tersebut akan memberikan tazkirah pendek sempena ramadhan. Semoga usaha murni Unit Surau Dan Kerohanian ini akan mendapat keberkatan dan keredhaan daripada ALLAH TAALA