
Hasil daripada bimbingan tersebut, guru muda yang telah dilatih pula berkongsi ilmu kepada rakan pelajar yang lain dari sekolah-sekolah sekitar daerah Kuala Terengganu yang lain pada 7 Nov 2025 bertempat di Dewan As-Syatibi SM Imtiaz YT Kuala Terengganu.
Usaha ini dilaksanakan dengan hasrat untuk meningkatkan peratus bilangan A matapelajaran Matematik Tambahan bagi sekolah-sekolah daerah Kuala Terengganu.
Antara objektif program ini diadakan adalah:
- Meningkatkan kemahiran dan keyakinan calon calon SPM 2025 dalam matapelajaran Matematik Tambahan.
- Meningkatkan peratus bilangan A matapelajaran Matematik Tambahan bagi calon SPM 2025 SM Imtiaz YT Kuala Terengganu khususnya dan juga daerah Kuala Terengganu amnya.
Galeri gambar boleh layari laman Facebook rasmi sekolah.