Tag: sem

Che Mazlan Rasmi Pelancaran SEM 2013

Slide22SMIYT KTRG SBT, 6 Mac : Majlis Perasmian Pelancaran Schoolwide Enrichment Model ( SEM ) ini telah dirasmikan oleh Yang Berbahagi Encik Mazlan bin Che Wil, Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Khidmat Pengurusan Yayasan Terengganu.

Majlis ini telah diadakan petang tadi di Dewan Asyatibi. Hari Pelancaran SEM ini merupakan aktiviti tahunan sabagi satu majlis rasmi untuk memulakan aktiviti-aktiviti sepanjang tahun. Majlis ini merupakan satu kempen dan promosi kepada seluruh warga sekolah kerana penglibatan semua peringkat adalah perlu bagi memastikan keberkesanan pelaksanaannya dalam usaha sekolah untuk melahirkan pelajar-pelajar Ulul Albab. SEM adalah salah satu daripada aspek kebestarian Sekolah Menengah Imtiaz yang memenuhi ciri ijtihadik iaitu salah satu daripada ciri Ulul Albab.

Puan Pengetua, Ustazah Mardziah binti Che Abdullah telah memulakan ucapan sebagai ucapan aluan. Berikut adalah sebahagian ucapan beliau.

“ Alhamdulillah pada petang ini kita diizinkan berada di majlis Pelancaran SEM yang sepatutnya perlu diadakan di peringkat sekolah. Terlebih dahulu saya mewakili Imtiaz Kuala Terengganu, mengalu-alukan kehadiran Che Mazlan bin Che Wil ke sekolah kita dan kami amat berbesar hati atas kehadiran ini kerana akan menjayakan majlis pelancaran SEM ini sebentar lagi”.

“ Kami juga mengucapkan berbanyak terima kasih kerana walaupun banyak tugas-tugas dengan agenda yang lain, beliau masih mampu meraikan jemputan kita ke sekolah ini. Juga ucapan tahniah kepada semua guru khasnya Unit SEM yang telah menyediakan pelancaran majlis ini. Semua guru dan pelajar yang dikasihi, untuk makluman anak-anak semua, sebenarnya program SEM ini bukan hanya satu program yang istimewa untuk Negeri Terengganu yang sangat-sangat diharapkan oleh Kerajaan Negeri untuk disebar luas dan dilihat pencapaiannya hingga ke peringkat tertinggi tetapi untuk makluman anak-anak semua, program SEM juga telah dijadikan ETOS di sekolah kita disamping ETOS Hafazan bagi KPI sekolah kita sebagai sekolah Berprestasi Tinggi”.

Berikut adalah sebahagian ucapan Perasmi iaitu Che Mazlan bin Che  Wil

” Alhamdulillah syukur kepada Allah pada petang ini dapat bersama-sama dengan pelajar dan dapat hadir untuk sama-sama merasai kehebatan  sekolah di mana banyak pencapaian yang telah  diraih oleh Imtiaz. Alhamdulillah hari ini, bukan sahaja pimpinan Negeri bercakap tentang Imtiaz tetapi di peringkat Negara sehingga tertubuhnya di Melaka dan dalam proses pembinaan di Negeri-negeri lain sebagaimana yang dilaksanakan di Imtiaz Terengganu”.

” Saya bagi pihak Yayasan Terengganu mengucapkan tahniah kepada anak-anak pelajar terutama pelajar tingkatan 1 baru-baru ini yang telah menerima tawaran untuk meneruskan pengajian tingkatan 1 di sekolah ini. Dan saya harap semua pelajar tingkatan 5, 4 , 3 dan 2 dapat memimpin adik-adik ini yang mungkin kurang faham tentang konsep Ulul Albab yang kita buat menghafaz Al Quran bermula tingkatan 1 . Oleh kerana Hafazan merupakan ETOS sekolah maka pelbagai inisiatif dicari dan kerajaan negeri berusaha supaya ianya tidak menajdi begitu sukar dan mencari di mana tempat yang boleh guru-guru  belajar dan dapat mengajar kepada anak-anak murid yang sukar menjadi mudah”.

” Oleh itu pada tahun 2005, Kerajaan Negeri telah menghantar sekumpulan guru pergi belajar di Universiti Connecticut bagaimana mereka ini melaksanakan program-program kepada anak-anak pelajarnya sehingga mereka boleh mencerita sesuatu yang hebat untuk memakmurkan diri dan akhirnya terjumpalah Shchoolwide Enrichment Model. Daripada 2005 sampai ke sekarang ini, program ini dilakukan. Kita melihat proram ini sangat sesuai. Kita melihat anak-anak pelajar belajar bermula dari 7.30 hingga 4.30 petang bimbang pelajar menjadi stress maka kita terpaksa cari alternatif supaya anak-anak pelajar suka untuk ke sekolah, minat belajar, suka kepada imtiaz. Bukan sahaja konsep ini untuk anak-anak pelajar tetapi juga untuk guru-guru yang mengajar terutamanya di Imtiaz”.

Slide22Slide27Slide9

Gambar selanjutnya sila klik DI SINI

Video gimik pelancaran sem dipersembahkan oleh pelajar tingkatan 1 sila klik DI SINI

Penghargaan Untuk Pembentangan Terbaik Science World Programme

KUALA TERENGGANU, 29 Apr : Sempena Program Science World yang diadakan baru-baru ini, pihak sekolah telah memberikan penghargaan kepada beberapa orang pelajar dalam pembentangan Science World Programme terbaik yang telah disempurnakan di Dewan Asyatibi.  Semua hadiah telah disampaikan oleh Penolong Kanan Pentadbiran, Ustazah Faidahnam binti Busu.

Tahniah dan syabas kepada mereka yang telah menunjukkan bakat serta berani bercakap dan juga dapat mengeluarkan idea-idea yang bernas bagi menjuarai kategori masing-masing.

Gambar penyampaian hadiah

PELANCARAN SEM KALI KE 6

KUALA TERENGGANU, 25 Jan : Majlis ini telah dirasmikan oleh Ustazah Faidahnam binti Busu, Penolong Kanan Akademik di Dewan Assyatibi petang ini yang dihadiri semua guru dan pelajar.

Terdapat 3 peringkat di dalam Schoolwide Enrichment Model ( SEM )

TYPE I

Penerokaan am untuk mendedahkan pelajar kepada pelbagai disiplin ilmu.

 

TYPE II

Aktiviti-aktiviti yang mengembangkan proses pemikiran secara kreatif dan kritis.

TYPE III

Aktiviti kajian / penyelidikan untuk menghasilkan produk yang bermanfaat kepada manusia sejagat.

 

 

Objektif SEM adalah:

 

  1. Mengembangkan pemikiran saintifik, kritis dan kreatif dalam kalangan pelajar.
  2. Memberikan peluang kepada pelajar untuk menjalankan penyelidikan secara saintifik.
  3. Memupuk semangat persaingan yang positf dalam kalangan pelajar.
  4. Mendedahkan pelajar terhadap ledakan teknologi maklumat, komunikasi dan globalisasi.
Sila klik DI SINI untuk melihat gambar selanjutnya