Tag: projek spm

Majlis Peluncuran Menjelang 40 Hari SPM

Pihak sekolah pada hari ini berbesar hati mengadakan Majlis Pelancaran 40 Hari Menjelang SPM 2025 khusus untuk 97 orang calon SPM SM imtiaz YT Kuala Terengganu. Majlis dibawah kelolaan Unit Projek Kecemerlangan SPM ini bertujuan memberi kesedaran kepada calon SPM supaya dapat memanfaatkan hari yang masih berbaki 40 hari sebelum menduduki peperiksaan SPM nanti. Di samping itu juga, majlis ini diharapkan dapat membangkitkan rasa tanggungjawab terhadap diri sendiri demi masa depan yang
cemerlang , khususnya akademik seterusnya mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan SPM.

Kem Perkampungan Ilmu Siri 3 SPM 2025

Unit Projek Kecemerlangan SPM telah mengadakan Kem Perkampungan Ilmu selama 6 hari bermula pada hari Isnin, 15 Sept 2025 yang melibatkan semua calon SPM 2025 dan guru-guru SPM. Kem ini bertujuan bagi meningkatkan prestasi mereka dalam peperiksaan melalui pendedahan teknik menjawab soalan, pengukuhan subjek-subjek utama, dan motivasi akademik secara keseluruhan. Program ini dikendalikan oleh semua guru SPM sekolah ini untuk memberikan pendedahan mengenai format peperiksaan dan strategi menjawab berkesan, bertujuan membina keyakinan diri serta semangat untuk mencapai kecemerlangan akademik. 

Galeri gambar boleh layari laman Facebook rasmi sekolah.

Dialog Prestasi Peperiksaan Percubaan SPM 2025

Unit Jawatankuasa Sekolah & Projek SPM 2025 telah mengadakan satu program “Dialog Prestasi Peperiksaan Percubaan SPM 2025” yang melibatkan semua calon SPM 2025 telah diadakan bagi memberi penghargaan kepada pelajar cemerlang mengikut ranking dan subjek terbaik. Selain itu juga, program ini bertujuan menemukan ibu bapa bersama guru-guru bagi membincangkan hal-hal yang berkaitan dengan pelajaran dan sahsiah serta motivasi dalam diri pelajar. Di sini ibu bapa, pelajar dan guru berpeluang untuk bersemuka dan berbincang mengenai prestasi akademik, tindakan, idea-idea serta cadangan penambahbaikan yang boleh dilaksanakan bagi meningkatkan kecemerlangan pelajar dan seterusnya merealisasikan matlamat sekolah.

Galeri gambar boleh layari laman Facebook rasmi sekolah.

Penyerahan Anak Angkat Program Projek SPM dan PT3 2018

7cb2c6f9-a350-4fd2-a8a7-eaab58b23b2dSMIYT KTRG SBT , 28 jan : Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pengurusan Imtiaz , Encik Mazlan bin Che Wil hari ini telah menyempurnakan Majlis Penyerahan Anak Angkat secara simbolik bagi Projek SPM & PT3 bagi tahun 2018 di Dewan Asyatibi.

Beliau juga telah merasmikan Majlis Pelancaran Projek Inspirasi Menggapai Bintang, Akademik Dijulang, IKT Terbilang.

Semua Pengurusan Sekolah telah diberi amanah untuk mengawasi serta mengambil berat tentang anak angkat ini agar mereka yang akan menduduki peperiksaan awam terus mendapat kejayaan yang cemerlang bukan hanya di peringkat Negeri tetapi juga mengungguli peringkat Kebangsaan.

 

4c4d0e28-3b1c-48b4-b219-d825a9b15f3ac90b8110-e97f-4bad-bc93-e060feba69afc0699d16-b69e-487c-9e66-f615c11a2d40

Gambar selanjutnya sila klik di bawah

Perasmian Projek SPM & PT3 2018