Tag: penanda aras

Lawatan Penanda Aras dari SMK Agama Yan, Kedah.

Seramai 9 orang pihak pengurusan dari SMK Agama Yan, Kedah telah berkunjung ke SM Imtiaz YT Kuala Terengganu bagi program lawatan penandaarasan dan perkongsian ilmu dengan sekolah ini. Tujuan utama lawatan ini adalah untuk mendorong pertukaran pengetahuan, pengalaman dan penambahbaikan secara berterusan bagi menjamin kecemerlangan prestasi sekolah.

Ketibaan rombongan adalah sekitar pukul 9.00 pagi dan program dimulai dengan sesi fotografi di Dataran Ulul Albab. Kemudian pelawat telah dibawa ke Bilik Mesyuarat untuk mendengar ucapan ringkas daripada kedua-dua pihak Pengetua dan seterusnya beberapa program lain seperti tayangan video korporat sekolah, tayangan slaid amalan terbaik sekolah, sesi soal jawab, menandatangani LOU dan penyampaian cenderahati. Secara keseluruhannya, program lawatan ini berakhir sekitar pukul 11.00 pagi.

Diharap lawatan ini mendapat manfaat dan impak positif untuk kedua-dua pihak sekolah bagi merangsang sekolah untuk mencari idea-idea yang lebih baik lagi untuk dilaksanakan.

Galeri gambar boleh layari laman Facebook rasmi sekolah.

Lawatan Penanda Aras APPI DAN YAYASAN BAHAN CITA MALANG INDONESIA

4d49a628-23ec-448e-916e-c1355d08c071SMIYT KTRG SBT , 23 April : Seramai 9 orang pegawai dari ASOSIASI PENDIDIK & PENGEMBANG PENDIDIKAN INDONESIA (APPPI), MALANG INDONESIA DAN YAYASAN BAHANA CITA PERSADA MALANG, INDONESIA telah melawati sekolah ini pagi tadi.

Rombongan diketuai oleh DR. ISNANDAR, M.T(KETUA ASOSIASI PENDIDIK & PENGEMBANG PENDIDIKAN INDONESIA DAN H.ELWAN HAFWAN HADIWIJAYA S.T (KETUA YAYASAN BAHANA CITA PERSADA MALANG)

Mereka kemudian di bawa ke bilik Mesyuarat Utama bagi mendengar taklimat ringkas oleh Pemangku Pengetua , Tuan Haji Ahmad Ridhuan bin Abd Ghani.

935fdbdb-6042-4e6b-9f0a-f295083d24d0122a850e-2b00-4fde-822d-106ab84dc049762f94b5-402e-4b38-944c-fc0e9981a7e01728017f-7a24-4715-9237-f0db19ad90b3

 

 

Gambar selanjutnya sila klik DI SINI

Lawatan Penanda Aras SM Sains Tengku Abdullah , Raub Pahang

Slide13SMIYT KTRG SBT , 3 Ogos : Baru -baru ini pihak Pengurusan sekolah telah menerima kunjungan daripada SM Sains Tengku Abdullah , Raub Pahang yang merupakan Sekolah Berprestasi Tinggi.

Ianya bertujuan untuk mengeratkan lagi hubungan silaturrahim sesuai dengan sekolah yang Berprestasi Tinggi. Semoga kehadiran mereka akan menambhkan perkongsian pendapat serta buah fikiran bagi memajukan sekolah masing-masing.

 

Lawatan Penanda Aras SK Penjom , Kuala Lipis Pahang

Slide8SMIYT KTRG SBT , 3 Ogos : Kunjungan dari SK Penjom Kuala Lipis telah memberikan suntikan semangat kepada mereka apabila sekolah ini menerima kunjungan mereka dalam rangka lawatan Penanda Aras baru baru ini.

Rombongan tersebut telah diberi penerangan mengenai sekolah ini serta pencapaian dari segi kurikulum dan juga kokurikulum serta sahsiah pelajar.

Slide23Slide42Slide47

Gambar selanjutnya sila klik DI SINI