Tag: merentas desa

Kejohanan Merentas Desa MSSDKT Tahun 2026

Tahniah dan Syabas diucapkan kepada Anakanda Soleh Pintar, Irsyad Bin Muhammad Afiq yang berada di kedudukan ke-17 dan Farisha Aqila Binti Muhammad Fahzan Izani yang berada pada kedudukan ke-14. Kejohanan tersebut telah berlangsung pada 29 Januari 2026 seawal 7.30 pagi bertempat di SMK Bukit Besar.

Galeri gambar boleh layari laman Facebook rasmi sekolah.

Latihan Larian Merentas Desa Peringkat Firqah

SMIYTR K.TRG SBT, 29 Januari : Latihan larian ini melibatkan semua pelajar.

Menurut Penolong Kanan Kokurikulum, Ustaz Md Nor bin Yahya, Larian ini merupakan satu latihan bagi menanam  semangat kepada semua pelajar untuk melahirkan pelajar yang sihat mental dan fizikal. Larian ini merupakan satu latihan tahunan yang boleh  mendidik pelajar meningkatkan kerjasama dalam menaikkan nama firqah masing-masing.

Tambah beliau lagi, selain daripada itu, aktiviti ini  juga memberi latihan kepada pelajar yang terpilih untuk mewakili larian merentas desa peringkat Daerah (MSSDKTS) pada  tahun ini.

Beliau mengucapkan terima kasih kepada semua guru yang terlibat dalam latihan larian tersebut yang telah mengawal pelajar dengan jayanya.