
MPIBG SM Imtiaz YT Kuala Terengganu telah memulakan misi pengumpulan dana infaq untuk projek naik taraf Surau Tok Pulau Manis. Projek naik taraf ini sudah bermula melibatkan membaik pulih kerosakan tandas, sistem perpaipan lama, membaik pulih 45% atap bocor, menampung kos tempahan tabir baharu dan membiayai kos penambahan pendingin hawa.
Surau Tok Pulau Manis merupakan pusat beribadah bagi warga iKT, dimana para pelajar akan solat secara berjemaah dan dijadikan sebagai pusat hafazan Al Quran serta aktiviti lain yang berkaitan.
Sehubungan itu, Pihak MPIBG SM Imtiaz YT Kuala Terengganu mengalu-alukan sumbangan infaq daripada semua dermawan dan kaum muslimin muslimat khasnya para alumni SM Imtiaz YT Kuala Terengganu dengan menyalurkan sumbangan anda ke akaun :
Tetuan MPIBG Imtiaz YT Kuala Terengganu
13017010051813
BANK ISLAM
SM Imtiaz YT Kuala Terengganu
Terima kasih kepada semua yang telah memberikan sumbangan. Semoga ia diterima sebagai amal jariah yang berkekalan..
Tulus,
Mohd Azam Bin Syaffiee
Naib Yang Dipertua
MPIBG SM Imtiaz YT Kuala Terengganu
Galeri gambar boleh layari laman Facebook rasmi sekolah.