20130608_132426SMIYT KTRG SBT , 16 Jun : Pihak sekolah ingin merakamkan tahniah dan syabas kepada 2 orang peserta dari sekolah ini kerana telah mendapat anugerah emas dalam simposium Kebangsaan Sekolah Berprestasi Tinggi yang telah diadakan di Sekolah Men. Agama Persekutuan Labu, Negeri Sembilan pada 5 hingga 8 Jun baru-baru ini. Sebanyak 50 buah sekolah SBT menyertai pertandingan ini.

Peserta yang dimaksudkan ialah Syed Ahmad Akram bin Habit Mustafa mendapat 2 emas iaitu dalam kategori Kalimatus Sobah dan Penulisan Karangan serta Syed Mukmin bin Syed Azman mendapat 1 emas dalam pertandingan Poetry.

Tahniah dan syabas untuk mereka kerana telah menaikkan nama sekolah di peringkat Kebangsaan. Juga tidak dilupakan kepada guru pengiring serta jurulatih.