Slide16SMIYT KTRG SBT , 6 Oktober : Pihak pentadbiran sekolah hari ini telah menerima kunjungan hormat dari rombongan Exco Pendidikan negeri Kedah Darul Aman dalam rangka lawatan Best Practices Program Ulul Albab SM Imtiaz Yayasan Terengganu.

Mereka diketuai oleh  Exco Pendidikan, Pengangkutan dan Kerja Raya, YB Dato’ Haji Tajul Urus bin Haji Mat Zain  dan ADUN Pedu , YB Puan Kama Noriah binti Haji Ismail.

Mereka telah diiringi oleh Pengarah Yayasan Terengganu, Tuan Haji Azmi bin Razik serta pegawai-pegawai dari Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu dan telah disambut mesra oleh pengurusan sekolah yang terdiri daripada Puan Pengetua, Ustazah Mardziah binti Che Abdullah serta semua Penolong Kanan.

Antara tujuan lawatan kerja ini ialah melihat mengenai pelan pembangunan sekolah serta melihat modul Ulul Albab yang telah dijalankan di semua SM Imtiaz Yayasan Terengganu.

Antara pegawai dari Negeri Kedah yang sama-sama mengikuti rombongan ini adalah :

1. Encik Mansor bin Lat – Pengarah JPNK

2. Haji Mohd jamil bin Md. Noh – Ketua Sektor Pengurusan Sekolah

3. Haji Asmee bin Haji Tajuddin – Ketua Sektor Pengurusan Akademik

4. Haji Mohamad bin Haji Abdul Hamid – Ketua Sektor Pengurusan Pembangunan Kemanusiaan

5. Haji Abdul Aziz bin Hassan – Ketua Sektor Khidmat Pengurusan & Pembangunan

6. Haji Abdul Aziz bin Abdullah – Ketua Sektor Pendidikan Islam

7. Haji Halim bin Mansor – Pegawai Pendidikan Daerah Kubang Pasu

8. Encik Sorafuddin bin Haji Ismail – Pegawai Pendidikan Daerah Kota Setar

9. Haji Abdul Razak bin Mat – Pegawai Pendidikan daerah Kuala Muda Yan

10. Haji Muhamad Zahidi bin Ariffin – KPP Sektor Pendidikan Islam

11. Encik Mahadzir bin Ismail – KPP Sektor Pengurusan Akademik

12. Haji Mokhtar bin Ahmad – KPP Sektor Jaminan Kualiti

13. Encik Mubarak Ali bin Rakhir Mohamed – KPP Sektor Pengurusan Akademik

14. Encik Ahmad bin Lateh – Penolong Pengarah Kanan Sektor Pengurusan Sekolah

15. Encik Shaik Amar bin Shaik Abd. Rahim – Penolong Pengarah Kanan  Sektor Pengurusan Sekolah

16. Haji Ismail bin Yahya – Penolong Pengarah Kanan Sektor Pendidikan Islam

17. Encik Mohd Shukri bin Yop@Abdul Aziz – Penolong Pengarah Kanan Sektor Jaminan Kualiti

18. Encik Shahrudin bin Yahya – Penolong Pengarah Sektor Jaminan Kualiti

19. Encik Rahmat bin Abd Rahim – Penolong PPD Pembangunan dan Perbekalan

20. Puan Mazliyani binti Mohamad – Penolong Pengarah Sektor Pengurusan Sekolah

21. Puan Emiliza binti Othman – Penolong Pengarah Sektor Pengurusan Sekolah

22. Haji Azmi bin Murad – Penyelia Kanan Sektor Pengurusan Sekolah

Slide23Slide26Slide43Slide52Slide95Slide113

Gambar selanjutnya sila klik DI SINI