KUALA TERENGGANU, 12 Jan : Setelah seminggu pelajar tingkatan 1 mendaftarkan diri untuk pengajian baru di Sekolah ini, maka pada hari ini telahpun berakhir minggu Silaturrahim yang telah bermula pada 8 Januari yang lalu. Hadir dalam majlis tersebut ialah Puan Pengetua, Ustazah Mardziah binti Che Abdullah, Penolong Kanan Pentadbiran & Akademik, Ustazah Faidahnam binti Busu serta guru.

Majlis yang bermula jam 11.30 pagi telah di adakan di Dewan Assyatibi dimulai dengan ucapan pembukaan oleh pengerusi Majlis dan seterusnya bacaan Al Quran oleh Muhammad Hasif bin Kamal. Kemudian disusuli oleh wakil pelajar tingkatan 1 iaitu Muhammad Imtiyas. Dalam ucapannya, beliau begitu terharu dengan sikap ramah mesra oleh pelajar senior yang sentiasa memberi semangat untuk belajar bersungguh-sungguh. Disamping itu juga beliau yang mewakili semua pelajar tingkatan 1 berjanji akan mendapat kejayaan yang cemerlang dalam peperiksaan PMR dan SPM nanti serta dapat khatam Al-Quran 30 juzuk.

Ucapan Seterusnya oleh Presiden Majlis Perwakilan Pelajar Muhammad haikal bin Yusof disusuli oleh ucapan penutupan Minggu Silaturrahim oleh Cik Fatimah binti Sidik, Penolong Pegawai Pengurusan Akademik, Bahagian Pengurusan Imtiaz.