Penghargaan Pengarah JPNT Kepada Kumpulan Dr Duster dan The Miracle

Slide70JPNT , 6 Januari : Sempena Perhimpunan Bulanan JPNT hari ini, kumpulan Dr Duster with Green Cleaner dan The Miracle of Multipurpose Soap yang dibimbing oleh Cikgu Saripah binti Embong telah menerima penghargaan daripada Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu, Tuan Haji Shafruddin bin Haji Ali Hussin, P.J.C., P.J.K. sempena perhimpunan bulanan tersebut. Turut hadir ialah Tuan Pengetua , Encik Mohd Yusoff bin Othman.

Turut menerima penghargaan ialah SM Imtiaz YT Besut.

Tahniah dan syabas

Slide35Slide41Slide31

Gambar selanjutnya sila klik DI SINI

Penyampaian Pingat dan Sijil KIDE 2015

IMG-20160105-WA0035

SMIYT KTRG SBT, 6 Januari : Satu majlis penyampaian pingat dan sijil KIDE 2015 Taiwan kepada pasukan Dr Duster with Green Cleaner telah diadakan pagi kelmarin sempena perhimpunan sekolah kali pertama yang disampaikan oleh Tuan Pengetua , Encik Mohd Yusoff bin Othman.

Kumpulan The Miracle of Multipurpose Soap mendapat silver medal diketuai oleh Mohd Faris manakala Kumpulan Azrol Azman mendapat gold medal & Special Award.

Tahniah dan Syabas

IMG-20160105-WA0038IMG-20160105-WA0042

Gambar selanjutnya sila klik DI SINI

Mesyuarat Agung Badan Beruniform 2016

IMG-20160105-WA0065

SMIYT KTRG SBT , 6 Januari : Mesyuarat Agung bagi tahun 2016 telah diadakan bagi melantik melantik jawatankuasa serta aktiviti tahunan yang perlu dilaksanakan pada tahun 2016.

Ianya diadakan petang kelmarin di beberapa lokasi seperti di dewan, perpustakaan , bilik kuliah dan sekitarnya.

IMG-20160105-WA0066IMG-20160105-WA0049

Gambar selanjutnya sila klik DI SINI

Sambut Sesi Persekolahan 2016 Dengan Bacaan Yasin dan Solat Hajat

Slide4 SMIYT KTRG SBT , 3 Januari : Seawal jam 7.40 pagi tadi , Tuan Pengetua , Encik Mohd Yusoff bin Othman, semua guru dan kakitangan dan pelajar berada di Surau Sekolah bagi mengikuti Bacaan Yasin dan Solat Hajat. Ianya merupakan sebagai menyambut tahun baru sesi persekolahan 2016 agar semua guru , kakitangan serta pelajar mendapat kehidupan yang lebih cemerlang di dunia dan akhirat.

Majlis dimulakan dengan bacaan Yasin yang diketuai oleh Tuan Haji Mohd Amin Faisal , Penolong Kanan Ulul Albab dan dikuti oleh solat Hajat yang diimamkan oleh Beliau sendiri.

Semoga tahun ini mendapat keberkatan yang berpanjangan

Slide5Slide2Slide16

Gambar selanjutnya sila klik DI SINI

 

× Sejarah SM Imtiaz Yayasan Terengganu

SEJARAH IMTIAZ

Aspirasi Masyarakat Setempat dan Pembinaan Sekolah

Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu  Kuala Terengganu dibina sekitar bulan November 1994 yang  bertujuan untuk memberi kemudahan pendidikan berasaskan agama kepada penduduk sekitarnya. Sekolah ini lahir daripada  aspirasi masyarakat setempat untuk memajukan kawasan mereka terutamanya dari aspek pendidikan. Idea-idea untuk menubuhkan sebuah sekolah agama telah disuarakan oleh penduduk Kampung Pulau Manis, Kampung Banggol Mempelam, Kampung Banggol Tok Ku, Kampung Banggol Lalang dan Kampung Baru Serada sejak tahun 1986.

Kepimpinan negeri pada masa itu di bawah YB Dato’ Seri Amar Di Raja Haji Wan Mokhtar Bin Ahmad telah memberikan reaksi positif dan sebuah jawatankuasa bertindak telah dibentuk di peringkat Dewan Undangan Negeri untuk merealisasikan hasrat penduduk setempat. Kerajaan negeri telah meluluskan penubuhan sekolah ini pada tahun 1994. Kerja-kerja pembinaan sekolah ini bermula pada November  1994 dan siap sepenuhnya pada bulan Mac 1997.  Sekolah ini dilengkapi dengan kemudahan  prasarana yang lengkap dan pembinaannya menelan belanja berjumlah RM 9.4 juta di kawasan seluas 8.1 hektar di Kampung Banggoh Karah, Serada, Kuala Terengganu.

Penubuhan KOSPINT

Namun sebagai usaha meningkatkan taraf Sekolah-sekolah Agama Negeri Terengganu, kerajaan negeri telah membuat keputusan untuk  menjadikan sekolah ini  sebagai sebuah Sekolah Bestari Kerajaan Negeri Berasrama Penuh. Pada bulan 1 jun 1997, sekolah ini mula beroperasi dengan nama Kolej Sains Pendidikan Islam Negeri Terengganu (KOSPINT) di bawah kelolaan Jabatan Hal Ehwal Agama Negeri Terengganu (JHEAT) Bahagian Pendidikan. Pembukaan sekolah ini telah dirasmikan oleh ke bawah  DYMM Al-Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin pada  23 Julai 2000.

Kemudahan, Perkembangan Kurikulum dan Pencapaian

Kolej Sains Pendidikan Islam Negeri Terengganu (KOSPINT) mempunyai 4 blok  bangunan yang terdiri daripada blok pentadbiran dan kelas, dua blok asrama putera dan puteri yang mampu menampung 560 orang pelajar serta dewan makan, sebuah dewan besar yang boleh memuatkan 850 orang pelajar, sebuah kantin dan surau yang mampu memuatkan 600 jemaah. Bagi kemudahan sukan dan riadah pula, terdapat sebuah padang bola sepak, dua gelanggang sepak  takraw dan gelanggang badminton. Kemudahan-kemudahan lain termasuklah bilik kuliah, perpustakaan, makmal komputer, makmal sekolah, bengkel kemahiran hidup dan koperasi sekolah.

Pengambilan pertama adalah dalam kalangan pelajar Sekolah-sekolah Agama Negeri Terengganu . Kurikulum KBSM, kurikulum elektif dan votek diperkenalkan untuk tahun pertama dan elektif sains dimulakan pada tahun kedua penubuhan iaitu tahun 1998. Kurikulum ini berterusan sehingga pada 1 Januari 2006, walaupun baru ditubuhkan, namun prestasi pelajar amat membanggakan apabila keputusan peperiksaan sulungnya  iaitu Penilaian Menengah Rendah (PMR)  pada tahun 1998 mencatatkan kejayaan 100%.  Pencapaian SPM juga mencatat 100% walaupun pemilihan pelajar untuk kemasukan pertama adalah dalam kalangan pelajar yang bukan memperolehi 5A dalam peperiksaan UPSR.

Peralihan Kepada Sekolah IMTIAZ

Kolej Sains Pendidikan Islam Negeri Terengganu telah dijadikan sebagai salah sebuah sekolah Imtiaz dengan penambahan program hafazan dan kurikulum diniyyah dengan menggunakan nama Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu Kuala Terengganu. Pengambilan pelajar sulung adalah seramai 98 orang. Sebagai salah sebuah sekolah Imtiaz, sekolah ini diletakkan di bawah pentadbiran sebuah syarikat milik penuh Yayasan Terengganu iaitu Integrity Icon Sdn. Bhd. 

Perkembangan dan Pengiktirafan

Penubuhan sekolah Imtiaz ini, satu perubahan yang amat ketara telah dialami di sekolah ini sama ada dari segi pentadbiran, kurikulum, kokurikulum dan rutin harian pelajar. Ternyata kurikulum generasi ulul albab sangat sesuai dan memenuhi keperluan semasa dan Imtiaz mampu berperanan sebagai institusi penting melahirkan modal insan yang mampu memenuhi aspirasi negara. Imtiaz bukan sahaja menjadi agenda kerajaan negeri malahan telah mendapat sambutan di peringkat kebangsaan sehingga dijadikan sekolah angkat Timbalan Menteri Pelajaran iaitu  Allahyarham Dato’  Razali Bin Ismail,  mantan Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia.

Bermula 1 November 2007, sekolah ini telah berdaftar dengan Bahagian Pendidikan Islam (BPI) Kementerian Pelajaran Malaysia sebagai sebuah Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK). Sehingga kini sekolah ini diletakkan sepenuhnya di bawah tanggungjawab Bahagian Pengurusan Imtiaz Yayasan Terengganu setelah pembubaran IISB.