Kelab Kadet Bomba Sekolah Mengimarahkan Masjid Padang Midin

027ad8b5-0012-48e0-a3f5-2a8cff681c57

PADANG MIDIN, 22 Januari : Tahniah dan syabas kepada Kelab Kadet Bomba Sekolah kerana mendahului Kelab lain apabila mereka mengadakan aktivti pertama dengan mengimarahkan Masjid Padang Midin, Kuala Terengganu malam tadi.

Menurut penasihat Kelab, Ustaz Zakaria bin Mohamad, aktiviti ini merupakan satu program yang memberikan suntikan semangat kepada ahli kelab agar dapat meneruskan kecemerlangan bukan hanya dari segi jasmani tetapi juga dari segi rohani.

Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Tuan Pengetua, Encik Mohd Yusoff bin Othman , Puan Anis serta guru lain yang terlibat secara langsung dengan Kelab ini.

Tuan Pengetua mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada semua guru penasihat terutama Ustaz zakaria yang telah mengadakan aktiviti lebih awal.

3c30fe18-055d-4a59-9694-4037303ea295347c5140-e454-4df2-b597-e8cf3e3ee2470ec409be-24fe-40d4-b449-9366fbfcbed17a12a011-4a79-4dc0-aa41-58517344a01d

Halaqah Al Quran Tingkatan 1

20160119163153 (1)

SMIYT KTRG SBT, 20 Januari : Hari ini telah diadakan halaqah Al Quran tingkatan 1.

Menurut Ketua Jabatan Al Quran, Ustaz Ridzuan bin Aziz, ujian tilawah al-quran diadakan bagi memastikan tahap penguasaan bacaan untuk tujuan penyusunan Halaqah Al-Quran yang sama rata memudahkan guru merancang aktiviti kecemerlangan hafazan.

Semoga menjadi anak-anak yang soleh dan solehah.

20160119163153

Konvensyen Tunas Niaga Negeri Terengganu 2015

20160117051446 (4)

KUALA TERENGGANU , 18 Januari : Dengan Nama Syarikat Impiana Direction Sdn Bhd  yang dipengerusikan oleh mantan Pengetua, Ustazah Mardziah binti Che Abdullah, Team sekolah ini telah berjaya merangkul beberapa anugerah dalam pertandingan yang diadakan di Kuala Terengganu kelmarin.

Pihak Sekolah mengucapkan jutaan tahniah dan syabas kepada guru penasihat yang terdiri daripada Puan Mazulina dan Puan Rozila Sulong serta anak-anak Al Fateh yang menunjukkan persembahan yang baik sehingga mendapat beberapa anugerah.

Di antara angureah tersebut ialah Naib Johan Persembahan Terbaik, Johan Produk Inovasi Terbaik, Pengurus Harapan Terbaik, Naib Johan Buku laporan Terbaik dan Tempat Ke tiga Syarikat Terbaik.

20160117051446 (1)20160117051446 (3)20160117051446 (6)20160117051446 (2)20160117051446 (7)

TAHNIAH DAN SYABAS!!!

Menteri Pendidikan Hargai Kejayaan Dr. Duster dan The Miracle

20160117052638 (1)

KUALA LUMPUR , 18 Januari : Penghargaan terus mencurah-curah diberikan kepada Team Dr. Duster with Green Cleaner dan The Miracle Multipurpose Soap atas kejayaan memperolehi Gold Medal dan Silver Medal di Taiwan baru-baru ini.

Terbaru perhargaan telah disampaikan sendiri oleh YB DATO’ SERI MAHDZIR BIN KHALID, Menteri Pendidikan Malaysia sempena Majlis Perutusan Tahun Baharu 2016.

Semoga Team ini yang diketuai oleh Cik Saripah binti Embong terus mendapat kecemerlangan dan membuka mata dunia bahawa SM Imtiaz Yayasan Terengganu Kuala Terengganu mampu menggegarkan dunia satu masa nanti.

2016011705263020160117052632 (2)20160117052645

Gambar selanjutnya sila klik DI SINI

× Sejarah SM Imtiaz Yayasan Terengganu

SEJARAH IMTIAZ

Aspirasi Masyarakat Setempat dan Pembinaan Sekolah

Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu  Kuala Terengganu dibina sekitar bulan November 1994 yang  bertujuan untuk memberi kemudahan pendidikan berasaskan agama kepada penduduk sekitarnya. Sekolah ini lahir daripada  aspirasi masyarakat setempat untuk memajukan kawasan mereka terutamanya dari aspek pendidikan. Idea-idea untuk menubuhkan sebuah sekolah agama telah disuarakan oleh penduduk Kampung Pulau Manis, Kampung Banggol Mempelam, Kampung Banggol Tok Ku, Kampung Banggol Lalang dan Kampung Baru Serada sejak tahun 1986.

Kepimpinan negeri pada masa itu di bawah YB Dato’ Seri Amar Di Raja Haji Wan Mokhtar Bin Ahmad telah memberikan reaksi positif dan sebuah jawatankuasa bertindak telah dibentuk di peringkat Dewan Undangan Negeri untuk merealisasikan hasrat penduduk setempat. Kerajaan negeri telah meluluskan penubuhan sekolah ini pada tahun 1994. Kerja-kerja pembinaan sekolah ini bermula pada November  1994 dan siap sepenuhnya pada bulan Mac 1997.  Sekolah ini dilengkapi dengan kemudahan  prasarana yang lengkap dan pembinaannya menelan belanja berjumlah RM 9.4 juta di kawasan seluas 8.1 hektar di Kampung Banggoh Karah, Serada, Kuala Terengganu.

Penubuhan KOSPINT

Namun sebagai usaha meningkatkan taraf Sekolah-sekolah Agama Negeri Terengganu, kerajaan negeri telah membuat keputusan untuk  menjadikan sekolah ini  sebagai sebuah Sekolah Bestari Kerajaan Negeri Berasrama Penuh. Pada bulan 1 jun 1997, sekolah ini mula beroperasi dengan nama Kolej Sains Pendidikan Islam Negeri Terengganu (KOSPINT) di bawah kelolaan Jabatan Hal Ehwal Agama Negeri Terengganu (JHEAT) Bahagian Pendidikan. Pembukaan sekolah ini telah dirasmikan oleh ke bawah  DYMM Al-Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin pada  23 Julai 2000.

Kemudahan, Perkembangan Kurikulum dan Pencapaian

Kolej Sains Pendidikan Islam Negeri Terengganu (KOSPINT) mempunyai 4 blok  bangunan yang terdiri daripada blok pentadbiran dan kelas, dua blok asrama putera dan puteri yang mampu menampung 560 orang pelajar serta dewan makan, sebuah dewan besar yang boleh memuatkan 850 orang pelajar, sebuah kantin dan surau yang mampu memuatkan 600 jemaah. Bagi kemudahan sukan dan riadah pula, terdapat sebuah padang bola sepak, dua gelanggang sepak  takraw dan gelanggang badminton. Kemudahan-kemudahan lain termasuklah bilik kuliah, perpustakaan, makmal komputer, makmal sekolah, bengkel kemahiran hidup dan koperasi sekolah.

Pengambilan pertama adalah dalam kalangan pelajar Sekolah-sekolah Agama Negeri Terengganu . Kurikulum KBSM, kurikulum elektif dan votek diperkenalkan untuk tahun pertama dan elektif sains dimulakan pada tahun kedua penubuhan iaitu tahun 1998. Kurikulum ini berterusan sehingga pada 1 Januari 2006, walaupun baru ditubuhkan, namun prestasi pelajar amat membanggakan apabila keputusan peperiksaan sulungnya  iaitu Penilaian Menengah Rendah (PMR)  pada tahun 1998 mencatatkan kejayaan 100%.  Pencapaian SPM juga mencatat 100% walaupun pemilihan pelajar untuk kemasukan pertama adalah dalam kalangan pelajar yang bukan memperolehi 5A dalam peperiksaan UPSR.

Peralihan Kepada Sekolah IMTIAZ

Kolej Sains Pendidikan Islam Negeri Terengganu telah dijadikan sebagai salah sebuah sekolah Imtiaz dengan penambahan program hafazan dan kurikulum diniyyah dengan menggunakan nama Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu Kuala Terengganu. Pengambilan pelajar sulung adalah seramai 98 orang. Sebagai salah sebuah sekolah Imtiaz, sekolah ini diletakkan di bawah pentadbiran sebuah syarikat milik penuh Yayasan Terengganu iaitu Integrity Icon Sdn. Bhd. 

Perkembangan dan Pengiktirafan

Penubuhan sekolah Imtiaz ini, satu perubahan yang amat ketara telah dialami di sekolah ini sama ada dari segi pentadbiran, kurikulum, kokurikulum dan rutin harian pelajar. Ternyata kurikulum generasi ulul albab sangat sesuai dan memenuhi keperluan semasa dan Imtiaz mampu berperanan sebagai institusi penting melahirkan modal insan yang mampu memenuhi aspirasi negara. Imtiaz bukan sahaja menjadi agenda kerajaan negeri malahan telah mendapat sambutan di peringkat kebangsaan sehingga dijadikan sekolah angkat Timbalan Menteri Pelajaran iaitu  Allahyarham Dato’  Razali Bin Ismail,  mantan Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia.

Bermula 1 November 2007, sekolah ini telah berdaftar dengan Bahagian Pendidikan Islam (BPI) Kementerian Pelajaran Malaysia sebagai sebuah Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK). Sehingga kini sekolah ini diletakkan sepenuhnya di bawah tanggungjawab Bahagian Pengurusan Imtiaz Yayasan Terengganu setelah pembubaran IISB.