Tahniah! Bola Jaring Naib Johan MSSD

c3a127f6-e52d-4644-ab77-98dab90e6728

SMIYT KTRG SBT , 31 Januari : Seluruh warga SM Imtiaz YT Kuala Terengganu mengucapkan syabas dan tahniah kepada pengurus dan team bola jaring kerana berjaya membawa pulang Naib Johan Bola Jaring dalam kejohanan MSSD yang diadakan pada 26 -28 Januari di SMK Sri Nilam baru-baru ini bagi kategori Menengah Atas.

Semoga kejayaan ini akan berterusan sepanjang tahun 2016.

Gimik Penyampaian hadiah juga telah diadakan di dewan besar pagi ini.

bd109d26-6b28-49f8-975d-7ac91f1f9b596787fcc6-0d43-4e83-8571-233c218afa9e4e3d4f7a-08e1-4bd2-b828-0e42b6ef75da355ae787-527c-41d6-bc15-47d6ccfdac46e73c4dcd-0c4c-4811-af4a-62537063a84f29269b62-5b64-4c6f-9fb3-b10e3e8c55b2d674c962-8344-4324-9a6b-75fd10a83edb3808ec86-99da-4c91-8569-de4e4b3d1d55

Gotong Royong Perdana Bersama Masyarakat Kampung

Slide75SMIYT KTRG SBT,30 Januari ,Sabtu : Hari ini satu program gotong royong bersama masyarakat kampung yang merupakan program komuniti sekolah telah diadakan. Serentak dengan program gotong royong peringkat Negeri Terengganu hari ini, pihak sekolah juga mengambil kesempatan mengadakan program ini bersama masyarakat sekitar kampung bagi mengeratkan lagi hubungan silaturrahim.

Acara gotong royong ini melibatkan semua guru , kakitangan , pelajar dan masyarakat Kampung serta ibubapa. Tujuan gotong royong ini adalah bagi membasmi pembiakan nyamuk aedes yang membawa kepada demam denggi. Lokasi pembersihan adalah di luar dan dalam kawasan sekolah yang berair seperti longkang besar dan juga kawasan yang lain seperti di kawasan pokok bunga dan sekitarnya.

Pihak sekolah mengucapkan jutaan terima kasih kepada masyarakat kampung serta ibubapa yang hadir bagi sama-sama bergotong royong membasmi pembiakan nyamuk aedes ini yang boleh membawa kepada kematian.

Slide100Slide89Slide84Slide80Slide68Slide60Slide48Slide101

Gambar selanjutnya sila klik DI SINI

Ustazah Mardziah , Cikgu Ariffin , Teacher Wawa Di Raikan High Tea Di Primula Hotel

Slide13SMIYT KRG SBT, 28 Januari : Jamuan High Tea Di Primula Hotel merupakan acara kemuncak bagi meraikan persaraan Cikgu Ariffin , pertukaran Puan Pengetua Ustazah Mardziah binti Che Abdullah sebagai Pengetua SMA Khairiah serta pertukaran Teacher Wawa ke SMK Dato’ Lela Segara Marang.

Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Ustaz Zakaria wakil dari Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu, Ustaz Wan Azman , Penolong Pengarah Quranik Yayasan Terengganu , Encik Azwandi , Penolong Pengarah Ijtihadik , Encik Sabri yang mewakili YDP MPIBG , Tuan Pengetua Encik Mohd Yusoff bin Othman serta semua guru dan kakitangan sekolah.

Dalam ucapan  Ustazah Mardziah dan Cikgu Ariffin , mereka begitu  terharu dan mengucapkan jutaan terima kasih di atas majlis tersebut.

Slide51Slide45Slide22Slide24Slide27

Gambar selanjutnya sila klik DI SINI

Lambaian Terakhir Cikgu Ariffin Di Bumi SM Imtiaz YT Kuala Terengganu

Slide41SMIYT KTRG SBT, 28 Januari : Hari ini merupakan hari yang terakhir Cikgu Ariffin berada di sekolah ini kerana beliau akan bersara bermula hari Ahad ini.

Majlis persaraan beliau diadakan hari ini dengan dimulai dengan puch out yang disaksikan oleh semua Pengurusan sekolah dan guru-guru. Kemudian beliau bersalam-salam dengan semua pelajar lelaki dan melambaikan tangan kepada semua pelajar perempuan dengan suasana yang penuh sayu.

Kepada Cikgu Ariffin, seluruh wargga Imtiaz YT Kuala Terengganu berdoa agar beliau sentuiasa dirahmati Allah dan berada dalam keadaan sihat walafiat.

Terima kasih cikgu yang banyak mencurahkan ilmu kepada anak didiknya sehingga beroleh kejayaan yang cemerlang.

JASAMU TETAP DIKENANG SEPANJANG HAYAT

Slide61Slide60Slide53Slide49Slide44Slide22Slide15Slide6Slide5

Gambar selanjutnya sila klik DI SINI

VIDEO selamat bersara Cikgu Ariffin

× Sejarah SM Imtiaz Yayasan Terengganu

SEJARAH IMTIAZ

Aspirasi Masyarakat Setempat dan Pembinaan Sekolah

Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu  Kuala Terengganu dibina sekitar bulan November 1994 yang  bertujuan untuk memberi kemudahan pendidikan berasaskan agama kepada penduduk sekitarnya. Sekolah ini lahir daripada  aspirasi masyarakat setempat untuk memajukan kawasan mereka terutamanya dari aspek pendidikan. Idea-idea untuk menubuhkan sebuah sekolah agama telah disuarakan oleh penduduk Kampung Pulau Manis, Kampung Banggol Mempelam, Kampung Banggol Tok Ku, Kampung Banggol Lalang dan Kampung Baru Serada sejak tahun 1986.

Kepimpinan negeri pada masa itu di bawah YB Dato’ Seri Amar Di Raja Haji Wan Mokhtar Bin Ahmad telah memberikan reaksi positif dan sebuah jawatankuasa bertindak telah dibentuk di peringkat Dewan Undangan Negeri untuk merealisasikan hasrat penduduk setempat. Kerajaan negeri telah meluluskan penubuhan sekolah ini pada tahun 1994. Kerja-kerja pembinaan sekolah ini bermula pada November  1994 dan siap sepenuhnya pada bulan Mac 1997.  Sekolah ini dilengkapi dengan kemudahan  prasarana yang lengkap dan pembinaannya menelan belanja berjumlah RM 9.4 juta di kawasan seluas 8.1 hektar di Kampung Banggoh Karah, Serada, Kuala Terengganu.

Penubuhan KOSPINT

Namun sebagai usaha meningkatkan taraf Sekolah-sekolah Agama Negeri Terengganu, kerajaan negeri telah membuat keputusan untuk  menjadikan sekolah ini  sebagai sebuah Sekolah Bestari Kerajaan Negeri Berasrama Penuh. Pada bulan 1 jun 1997, sekolah ini mula beroperasi dengan nama Kolej Sains Pendidikan Islam Negeri Terengganu (KOSPINT) di bawah kelolaan Jabatan Hal Ehwal Agama Negeri Terengganu (JHEAT) Bahagian Pendidikan. Pembukaan sekolah ini telah dirasmikan oleh ke bawah  DYMM Al-Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin pada  23 Julai 2000.

Kemudahan, Perkembangan Kurikulum dan Pencapaian

Kolej Sains Pendidikan Islam Negeri Terengganu (KOSPINT) mempunyai 4 blok  bangunan yang terdiri daripada blok pentadbiran dan kelas, dua blok asrama putera dan puteri yang mampu menampung 560 orang pelajar serta dewan makan, sebuah dewan besar yang boleh memuatkan 850 orang pelajar, sebuah kantin dan surau yang mampu memuatkan 600 jemaah. Bagi kemudahan sukan dan riadah pula, terdapat sebuah padang bola sepak, dua gelanggang sepak  takraw dan gelanggang badminton. Kemudahan-kemudahan lain termasuklah bilik kuliah, perpustakaan, makmal komputer, makmal sekolah, bengkel kemahiran hidup dan koperasi sekolah.

Pengambilan pertama adalah dalam kalangan pelajar Sekolah-sekolah Agama Negeri Terengganu . Kurikulum KBSM, kurikulum elektif dan votek diperkenalkan untuk tahun pertama dan elektif sains dimulakan pada tahun kedua penubuhan iaitu tahun 1998. Kurikulum ini berterusan sehingga pada 1 Januari 2006, walaupun baru ditubuhkan, namun prestasi pelajar amat membanggakan apabila keputusan peperiksaan sulungnya  iaitu Penilaian Menengah Rendah (PMR)  pada tahun 1998 mencatatkan kejayaan 100%.  Pencapaian SPM juga mencatat 100% walaupun pemilihan pelajar untuk kemasukan pertama adalah dalam kalangan pelajar yang bukan memperolehi 5A dalam peperiksaan UPSR.

Peralihan Kepada Sekolah IMTIAZ

Kolej Sains Pendidikan Islam Negeri Terengganu telah dijadikan sebagai salah sebuah sekolah Imtiaz dengan penambahan program hafazan dan kurikulum diniyyah dengan menggunakan nama Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu Kuala Terengganu. Pengambilan pelajar sulung adalah seramai 98 orang. Sebagai salah sebuah sekolah Imtiaz, sekolah ini diletakkan di bawah pentadbiran sebuah syarikat milik penuh Yayasan Terengganu iaitu Integrity Icon Sdn. Bhd. 

Perkembangan dan Pengiktirafan

Penubuhan sekolah Imtiaz ini, satu perubahan yang amat ketara telah dialami di sekolah ini sama ada dari segi pentadbiran, kurikulum, kokurikulum dan rutin harian pelajar. Ternyata kurikulum generasi ulul albab sangat sesuai dan memenuhi keperluan semasa dan Imtiaz mampu berperanan sebagai institusi penting melahirkan modal insan yang mampu memenuhi aspirasi negara. Imtiaz bukan sahaja menjadi agenda kerajaan negeri malahan telah mendapat sambutan di peringkat kebangsaan sehingga dijadikan sekolah angkat Timbalan Menteri Pelajaran iaitu  Allahyarham Dato’  Razali Bin Ismail,  mantan Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia.

Bermula 1 November 2007, sekolah ini telah berdaftar dengan Bahagian Pendidikan Islam (BPI) Kementerian Pelajaran Malaysia sebagai sebuah Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK). Sehingga kini sekolah ini diletakkan sepenuhnya di bawah tanggungjawab Bahagian Pengurusan Imtiaz Yayasan Terengganu setelah pembubaran IISB.