Lawatan Penanda Aras Ke SMKA Naim Lil Banat , Kelantan

Slide39KELANTAN , 4 September : Networking antara SM imtiaz YT Kuala Terengganu dan SMKA Naim Lil Banat telah diadakan pada 1 September yang lalu di SMKA Naim Lil Banat , Kelantan.

Program ini adalah di bawah unit Kokurikulum dan semua penyelaras Ko-Ku terlibat dalam program ini.

Seramai 25 pelajar yang terlinat secara langsung dengan unit Kokurikulum yang diketuai oleh Penolong Kanan Kokurikulum, Ustaz Md Nor bin Yahya , S/U Sukan Ustaz Zakaria bin Mohamad dan guru kaunseling serta beberapa orang guru lagi.

Slide85Slide128Slide186

Gambar selanjutnya sila klik DI SINI

 

Walaupun Tewas Tapi Johan Di Hati Kami

8d6ff5e3-e60e-4a05-a53f-ec9fa1192d30BATU BURUK K.TRG , 3 September : “Tewas tidak bermakna kalah dan dihati kami mereka tetap Johan”. Itulah ungkapan yang tersirat di hati Ustaz Md Nor bin Yahya selaku Penolong Kanan Kokurikulum sekolah.

Beliau berkata selepas diumumkan keputusan pertandingan perarakan Hari Kemerdekaan yang Ke 59 Peringkat Negeri Terengganu pada 31 Ogos yang lalu.

Tahniah dan syabas kepada kontinjen sekolah yang telah menunjukkan semangat yang tinggi bagi menaikkan nama sekolah diperingkat Negeri.

Keputusan bagi kategori bukan beruniform kategori sekolah :

Johan : SMA(A)SZA Batu Buruk

Naib Johan : SMA Khairiah

Ketiga : SMK Seri Nilam

4d5f4f17-6159-4760-b393-e40aa85a788436f1cc33-b585-42ec-8822-10c96566735f8d6ff5e3-e60e-4a05-a53f-ec9fa1192d30

Gambar selanjutnya sila klik DI SINI

Klip Video : akan menyusul

English Day 2016

04a1ae61-4c78-40db-8191-9e05d73644cbSMIYT KTRG SBT , 3 September : Program yang dianjurkan oleh Panitia Bahasa Inggeris dan T-help 2016 ini bertujuan memberi peluang kepada pelajar tingkatan 1 & 2 dengan mengadakanย ย aktiviti yang dirancang seperti board game, guess me, guess the idioms dan compound words.ย Diakhir aktiviti ialah persembahan Choir dari pelajar tingkatan 1.

4ba3b680-b391-4889-87f7-6c3e69c4454724bee9a8-a954-4724-b528-736dc6170a57ad1a65b8-5bfc-40b8-8b3a-967953e5339e

Gambar selanjutnya sila klik DI SINI

 

 

Karival Ko-Kurikulum iCute 2016

Slide47SMIYT KTRG SBT , 3 Ogos : Karnival Kokurikulum iCute 2016 telah diadakan bermula 28 hingga 30 Julai yang lalu. Ianya diadakan setiap tahun yang bertujuan untuk mengeratkan lagi hubungan silaturrahim sesama pelajar serta dapat mengeluarkan segala kemahiran yang ada dalam aktiviti yang dijalankan.

Semoga karnival ini akan dapat melahirkan bakat-bakat yang terpendam seperti pencarian imam muda dan juga ustazah pilihan serta berkebolehan dalam membaca khutbah Jumaat.

Perasmian penutup telah disempurnakan oleh Encik Azwandi yang mewakili Encik Mazlan bin Che Wil, Ketua Penolong Pengarah , Bahagian Pengurusan Imtiaz , Yayasan Terengganu.

Slide13Slide7Slide35Slide17Slide3Slide24Slide23

Gambar selanjutnya

DIRIAN KHEMAH

GOTONG ROYONG DI MASJID AL HIDAYAH BANGGOL KARAH K.TRG

PERTANDINGAN IKAT TALI

KHUTBAH JUMAAT OLEH PELAJAR

PERTANDINGAN MASAKAN RIMBA

PERTANDINGAN KAWAD KAKI

PEMERIKSAAN KHEMAH

PENCARIAN IMAM MUDA DAN USTAZAH PILIHAN

SOLAT HAJAT DAN BACAAN YASIN DI MASJID AL HIDAYAH KAMPUNG BANGGOL KARAH