Selamat Menduduki Peperiksaan Percubaan SPM 2025

Warga sekolah ingin mengucapkan selamat menduduki Peperiksaan Percubaan SPM 2025 kepada anak-anak soleh pintar, batch Avenoir Tacenda. Semoga kalian dikurnai kesihatan yang berpanjangan, kelapangan hati dan ketenangan jiwa dalam menghadapi peperiksaan yang sedang berlangsung.

Tanamkan usaha yang kuat, diselitkan dengan doa tanpa henti dan tawakkal kepadaNya . Semoga kejayaan milik kita semua.

Galeri gambar boleh layari laman Facebook rasmi sekolah.

Majlis “Sentuhan Kasih Ayahanda Pengetua”

Galeri gambar boleh layari laman Facebook rasmi sekolah.

Majlis Persaraan Abi KO, Ustaz Md Nor Yahya

Ahad, 20 Julai 2025: Majlis “Sanjungan Budi, Lestari Kasih” telah diadakan untuk merayakan persaraan Penolong Kanan Kokurikulum, Ustaz Md Nor Bin Yahya yang lebih mesa dengan panggilan “Abi KO”. Majlis diadakan sebagai menghormati dan memberikan penghargaan kepada beliau atas sumbangan dan perkhidmatannya selama ini.  Pelbagai acara termasuk persembahan badan beruniform, pencak silat, paluan kompang, ucapan, bacaan doa, dan penyampaian cenderamata dilangsungkan dengan penuh penghargaan bagi menghargai jasa beliau dalam dunia pendidikan.

Warga sekolah mengucapkan Selamat Bersara kepada Abi KO. Segala salah dan silap harap dimaafi. Semoga tautan kasih kami akan kekal utuh menjadi selingkar kenangan kepada Ustaz. Selaut kasih, selangit kasturi, seharum setanggi, sejambak bunga terima kasih, titipan kasih buatmu PK Kokurikulum.

Kuning emas masaknya padi

Mawar merah dalam jambangan

Terima kasih daun keladi

Budi Tuan dalam kenangan

Galeri gambar & video boleh layari laman Facebook rasmi sekolah.

Majlis Pelancaran Projek Tingkatan 1 – 4 & Guru Muda Tingkatan 2 – 4 Tahun 2025

Ustaz Md Imran bin Md Nor , Pengetua sekolah ini telah merasmikan majlis Pelancaran Projek Tingkatan 1 – 4 & Guru Muda Tingkatan 2 – 4 di Dewan As-Syatibi pagi ini. Turut hadir ialah semua Guru Penolong Kanan , guru-guru serta pelajar yang terlibat.

Objektif bagi Projek Tingkatan 1 adalah:

1️⃣ Untuk memperkasakan iklim penyungguh akademik.
2️⃣ Memotivasikan pelajar agar terus bersemangat untuk skor dalam semda mata pelajaran bagi PAT dan UASA.

Objektif bagi pelantikan “Guru Muda” adalah:

1️⃣ Memberi motivasi kepada pelajar untuk cemerlang dan mahir dalam subjek yang diminati.
2️⃣ Dapat membantu kawan-kawan yang lemah dalam subjek tertentu.
3️⃣ Dapat membantu guru semasa PdPC atau ketika ketiadaan guru dalam kelas.

Galeri gambar boleh layari DI SINI.