Lawatan Penandaarasan Pengurusan Dari SM Imtiaz Kuala Berang

KUALA TERENGGANU, 6 Mac : Pihak pengurusan Sekolah yang diketuai oleh Puan Pengetua, Ustazah Mardziah binti Che Abdullah bersama Penolong Kanan serta Setiausaha Sekolah telah menyambut dengan penuh kemesraan rombongan dari Sekolah Menengah Imtiaz Kuala Berang pada jam 9.15 pagi tadi.

Rombongan tersebut seramai 20 orang  terdiri daripada Tuan Pengetua, Cikgu Mohd Yusuf  bin Othman. Tujuan lawatan tersebut adalah untuk melihat sistem pengurusan Sekolah serta ingin mengetahui dengan lebih lanjut mengenai sekolah ini yang telah diikhtiraf sebagai Sekolah Kluster Kecemerlangan, Kementerian Pelajaran Malaysia.

Rombongan tersebut telah dibawa ke bilik mesyuarat untuk mendengar taklimat oleh Penolong Kanan HEM Tuan haji Ahmad Ridhuan bin Abd. Ghani dan bilik galeri Sekolah.

Galeri gambar

Program Bersama Imam Muda Fakhrul Razi

KUALA TERENGGANU, 4 Mac : Finalis Imam Muda 2011, Imam Muda Fakhrul Razi telah diundang ke majlis sesi ceramah yang dianjurkan oleh Badan Dakwah dan Kerohanian dengan kerjasama unit Asrama telah diadakan pada malam ini.

Majlis ini bermula jam 9.45 dan berakhir 11.15 malam. Menurut Setiausaha Badan Dakwah dan Kerohanian, Ustaz Wan Ubaidillah bin Wan Nawi, program ini bertujuan memberi pendekatan dakwah serta ilmu kepada pelajar disamping berkongsi pengalaman dengan penceramah.

Hadir sama dalam majlis tersebut ialah Puan Pengetua, Ustazah Mardziah binti Che Abdullah dan Penolong Kanan HEM, Tuan Haji Ahmad Ridhuan bin Abd Ghani.

Gambar selanjutnya.

Alumni KOSPINT Vs Imtiaz KOSPINT

KUALA TERENGGANU, 3 Mac : Hari ini pihak Sekolah telah menerima kunjungan dari Alumni KOSPINT bagi mengeratkan hubungan silaturrahim.

Bagi tujuan tersebut, beberapa acara sukan telah dipertandingkan antaranya bolasepak dan bandminton. Ada diantara bekas pelajar sekolah terdiri dalam tahun 2001 hingga 2005.

Pihak sekolah amat berbangga dan diharap aktiviti seumpama ini diteruskan lagi samada berbentuk sukan atau motivasi dan sebagainya.

Sila klik DI SINI untuk gambar seterusnya.

Dr. Zairina Ketuai Rombongan Dari USIM


KUALA TERENGGANU, 3 Mac
: Pagi ini pihak Sekolah telah menerima kunjungan daripada rombongan mahasiswa Universiti Sains Islam Malaysia ( USIM )  dan disambut oleh pihak pengurusan sekolah.

Rombongan ini seramai 57 mahasiswa USIM fakulti perubatan yang diketuai oleh Dr. Zairina binti Abd. Rahman, Timbalan Dekan Hal Ehwal Pelajar, Fakulti Perubatan dan Kesihatan, Dr. Mohd Dzulkhairi bin Mohd Rani, Pensyarah Kanan Perubatan serta mahasiswa USIM.

Tujuan rombongan ini adalah bagi menerangkan kelebihan memasuki USIM dalam bidang perubatan. Semua pelajar menghadiri program ini.

Hadir sama dalam majlis ini ialah Puan Pengetua, Ustazah Mardziah binti Che Abdullah. Penolong Kanan HEM, Tuan Haji Ahmad Ridhuan bin Abd Ghani selaku wakil pihak sekolah mengucapkan selamat datang kepada rombongan tersebut.

Sila klik DI SINI untuk melihat gambar selanjutnya.